Searching...

Seteruk-teruk Penindasan Assad Terhadap Bapa Tua Ini, Masih Mahu Lagi Beliau Bercakap Dengan Jujur

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kisah benar ini diceritakan oleh seorang penulis yang pernah melawat ke kebun milik seorang bapa tua. Berikut adalah kisahnya:

Tiada lagi saki baki hidupan, baik pokok mahupun binatang yang tinggal di kawasan kebun kecilnya ini. Sebahagian besar pokok dan tanamannya telah mati kerana terkena gas kimia dalam serangan rejim Assad yang zalim tempoh hari lalu.

Setiap kali saya berdiri bersama bapa tua di hadapan salah satu daripada pokok-pokok aprikot, beliau akan menarik nafas sedalam-dalam mungkin, lalu beliau mendesah dan kemudiannya beliau berkata, "Saya telah menjaga mereka (tanaman aprikot) seperti anak-anak saya sendiri, mungkin suatu hari nanti Assad akan mengidam untuk memakan buah aprikot dan pada masa itu, dia mendapati bahawa tiada lagi buah aprikot yang tertinggal di bumi Syria ini."

Bapa tua ini juga teringat akan berpuluh-puluh orang jiran di kawasan perumahannya terbunuh dalam serangan senjata kimia yang lalu. Maka beliau pun menyebut nama-nama jirannya satu persatu. Setiap kali mengucap satu nama, beliau menangis, lalu kemudiannya beliau terdiam lagi dan mengucapkan kembali nama jirannya yang lain lalu menangis.

Hingga beliau berhenti daripada tangisannya dan beliau pun berkata, "Semua anggur dan pokok-pokok aprikotnya adalah hasil jerih payahnya selama 70 tahun. Sepanjang 70 tahun tersebut, beliau telah bekerja keras menguruskan tanaman-tanaman yang merupakan aset terpenting buat sara hidup keluarganya. Beliau kini masih lagi berasa sangat sedih ketika sedang membuang bekas isi buah-buahan di kebunnya ini kerana bimbang telah tercemar dengan gas kimia tersebut.

Masih berlegar-legar dalam kotak fikirannya dengan jelas sewaktu kematian lembu yang disayanginya dan beliau meratapi kehilangannya seperti seorang penyair menangisi pemergian orang yang dicintainya.

Di kebun kepunyaan bapa tua ini terdapat dua pokok yang mati secara daun kekuning-kuningan. Mata saya terpandang ke arah dua pokok tersebut dan saya pun bertanya kepada beliau, "Kedua-duanya juga mati akibat gas kimia, kan?" Sebuah pertanyaan yang sepatutnya saya tidak boleh mengharapkan jawapan daripada beliau.

Tetapi saya terkejut ketika beliau menjawab, "Tidak sayang, mereka mati sebelum serangan gas kimia berlaku. Kami tidak mahu menuduh sesiapapun."

Anda percaya tak? Rejim Assad telah membunuh dan memusnahkan segala-galanya yang ada di dalam kebun bapa tua tersebut. Segala ketidakadilan dan penindasan ini, Assad lakukan terhadap seorang bapa yang sangat tua. Namun begitu, bapa tua tersebut masih tidak mahu bercakap bohong apabila ditanyakan mengenai dua pokok yang telah mati sebelum serangan gas kimia berlaku. Meskipun boleh saja beliau meluahkan ketidakpuasan hati terhadap apa yang telah Assad lakukan terhadapnya, keluarganya, jirannya dan seluruh harta yang beliau miliki secara melulu. Namun begitu, beliau tidak mahu sesekali berkata bohong mengenai kedua-dua pokok tersebut.

Sungguh betapa jujur dan baiknya hati bapa tua ini. Meskipun rejim Assad telah memusnahkan segala-gala yang bapa tua tersebut miliki dan tidak ada saki baki harta yang tinggal pun pada beliau.

P/S: Gambar di atas menunjukkan anjing yang mati bergelimpangan di bawah pokok di kawasan Zamalka, di mana senjata kimia telah digunakan oleh rejim Assad di Syria tempoh hari lalu. 

Wallahua'lam. Sumber dari New York Daily News.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger