Searching...

Situasi Kanak-kanak Menghadapi Rutin Hariannya Selepas Ibunya Syahid Di Medan Rabaah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Tiada siapa yang dapat melupakan tragedi seorang kanak-kanak di mana ibunya syahid di Medan Rabaah dan kanak-kanak tersebut dengan wajahnya yang sangat sedih merintih dan memanggil, 'Mama, Mama'. Bagaimana kanak-kanak ini mampu menghadapi rutin hariannya tanpa ibu?

Hari ini adalah hari pertama bagi sesi persekolahan kanak-kanak di Mesir. Bayangkan saudara dan saudari sekalian. Siapakah yang akan menemani seorang kanak-kanak dengan berpimpin tangan ke sekolah barunya? Siapakah yang akan menyediakan sandwich sarapan untuknya? Siapakah yang akan berinya wang perbelanjaan persekolahannya? Siapakah yang akan membaluti buku teksnya? 

Siapakah yang akan menghantarnya ke sekolah pada hari pertamanya di mana ia adalah hari yang istimewa bagi setiap kanak-kanak? Siapakah yang akan menyambutnya ketika beliau balik dari sekolah? Siapakah yang akan menyediakan makanan tengah harinya? Siapakah yang akan mengejutnya untuk mengulangkaji pelajarannya? Siapakah yang akan hadir ke sekolah melihat perkembangan pelajarannya?

Allahu Akbar! Allahu Akbar...

Terdetik di hati kita, adakah kanak-kanak ini mempunyai bapanya yang masih hidup atau telah syahid? Siapakah yang menjaga kanak-kanak ini sekarang?

Dan kalau kanak-kanak ini telah redha dengan segala ketentuan yang berlaku terhadap dirinya, kemudian kanak-kanak ini pergi ke sekolah dan mendapati bahawa salah seorang daripada gurunya menyokong kudeta (rampasan kuasa tentera) kemudian mencela ibu dan bapanya di hadapannya atau mendapati semasa perhimpunan, askar-askar menangkap mereka yang mengangkat simbol 'r4bia'...

Bayangkan perasaan kanak-kanak ini...

Kanak-kanak ini bagaikan bom atom (atomic bomb) yang boleh meledak kemarahannya @ memberontak pada bila-bila masa sahaja dan boleh mencederakan orang yang berada di sekeliling dengannya akibat tekanan daripada kekejaman dan penyalahgunaan kuasa di kawasannya.

Maafkan kami duhai anak kecil. Ibumu telah syahid dan sehingga kini kami masih belum mampu lagi mengembalikan hakmu meskipun segala demonstrasi telah diadakan. Tetapi percayalah, sesungguhnya Allah S.W.T sama sekali tidak akan mensia-siakan hak ibumu itu.

Sumber: Mesir Kini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger