Searching...

Tempoh Kita Hidup Di Dunia Ini Adalah Tempoh yang Sangat Kritikal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sekarang ini kita hidup di alam dunia. Satu alam yang paling kritikal dan mencabar. Inilah alam yang akan menentukan untung nasib kita untuk ke alam-alam seterusnya. Oleh kerana itulah ada penyair yang menyifatkan dunia ini sebagai, 'belantara kehidupan'. Kehidupan ini menunjukkan seolah-olahnya kita kini sedang berada di dalam hutan belantara yang luas di mana ianya penuh dengan onak, duri dan jalan-jalan berliku. Kita hendaklah menghadapinya dengan penuh kesabaran.

Macam-macam ada di dalam hutan belantara. Daripada duri, paya, buah, hasil hutan, hinggalah binatang buas. Kita boleh sesat di dalam hutan belantara yang tebal ini kerana pandangan kita adalah terbatas. Kita cuma boleh nampak pokok-pokok besar dan semak-samun yang menghalang perjalanan kita untuk sampai ke suatu destinasi. Kita juga boleh hilang arah dalam situasi yang tidak biasa kita hadapi ini. Bukan sembarangan orang boleh meredah hutan belantara ini.

Maka begitulah keadaannya dalam 'belantara kehidupan' dunia. Ramai orang yang tersesat dalam hutan, tetapi lebih ramai yang tersesat dalam kehidupan. Di dalam hutan ada haiwan yang ganas, di dalam kehidupan ada manusia yang lebih ganas daripada haiwan. Malah manusia juga adakalanya mengamalkan hukum rimba, 'might is right' yang bermaksud, 'siapa kuat dia berkuasa'. Di sini ada pahala, ada dosa, ada kawan, ada lawan, ada malaikat, ada syaitan dan sebagainya. Bagaimana kita hendak selamat?

Alat yang paling penting untuk dibawa bersama ke dalam hutan ialah kompas. Dengan kompas, kita tidak akan kehilangan arah dan sentiasa mendapat petunjuk yang tepat. Di dalam hutan, membawa kompas adalah lebih penting daripada membawa makanan. Percaya atau tidak?

Sila bertanya kepada komando yang terlibat dalam operasi di dalam hutan. Makan dan minum boleh dicari, tetapi jika terlupa membawa kompas, maka buruklah padahnya. Tanpa kompas, operasi akan mengambil masa yang lebih lama daripada yang ditetapkan. Atau boleh jadi, operasi tersebut gagal terus.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger