Searching...

Bandar Aleppo Sekarang Sedang Kritikal Di Bawah Serangan Udara Rejim Assad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Aleppo diserang secara bertubi-tubi setiap hari. Purata manusia yang syahid untuk setiap hari adalah seramai 80 orang. Berbagai-bagai  bentuk serangan sama ada dari udara, serangan daripada Rejim di barisan hadapan, dan serangan daripada ISIS yang menikam dari belakang.

Teringat akan firman Allah S.W.T yang berbunyi:

إِذْ جَاؤُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ وَإِذْ زَاغَتْ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا

هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالاً شَدِيداً

Maksudnya: "Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat." [Surah Al-Ahzab ayat 10-11].

Semoga Allah memberikan mereka (para penduduk di daerah Aleppo) kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ujian perit ini.


Mungkin ada diantara kita yang berfikir dan melihat bahawa ini hanyalah gambar semata-mata. Akan tetapi, hakikatnya inilah gambaran dan kehidupan sebenarnya yang terjadi di Syria. Tubuh yang terkoyak, tengkorak dan tulang yang retak, tertimbus hidup-hidup di sebalik runtuhan bangunan dan gambar-gambar yang dilabel sebagai 'ngeri' ini adalah benar. Hanya sebahagian sahaja gambar-gambar sebegini yang terlepas sampai ke pengetahuan umum. Dan yang mengalaminya adalah saudara-saudara yang seaqidah dengan kita. Sebuah lagi gambar yang telah diambil sejurus serangan teruk oleh rejim Assad keatas kota Halab (Aleppo) pada beberapa hari yang lepas. Hasbunallahu wa ni'mal wakil...


Gambar di atas menunjukkan latar masyarakat yang sentiasa bersiap sedia menanti saat gugurnya bom Rejim Assad, lalu mereka bersedia untuk menyelamatkan nyawa-nyawa manusia yang tidak bersalah dari bawah runtuhan bangunan.

Mereka adalah wira yang tidak disebut namanya. Bandar Halab (Aleppo) sekarang adalah di bawah serangan bom udara Rejim Assad. Jangan lupakan mereka dalam doa kita.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Maaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu manfaat penting bagi kita semua umat islam di negara ini. cara orang islam keluar dari penghambaan dunia moden

    Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2014/01/cinta-lanang-gabrul-final-conclusion.html

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger