Searching...

Biasanya Kita Melupakan Dosa dengan Tidak Mahu Menilai Semula Dosa-dosa yang telah Kita Buat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sebenarnya, dosa adalah perbuatan yang dikenakan terhadap mereka yang melanggar batasan yang Allah tetapkan itu. Contohnya, Allah melarang kita melakukan pembaziran berupa wang atau rezeki yang diberi-Nya. Apabila kita ingkar pada arahan-Nya, maka terimalah dosa terhadap diri kita ini. Tetapi malang bagi diri kita, kebanyakan si pembuat dosa itu tidak rela menilai semula dosa-dosa yang telah mereka buat. Ini disebabkan mereka takut untuk berubah. Jauh dari lubuk hati mereka, mereka mengetahui bahawa mereka bersalah dan berdosa terhadap Allah S.W.T.

Justeru, kita juga adakalanya tidak mahu menilai dan tidak mahu memeriksa bahawa adakah benarnya kita telah melakukan banyak dosa-dosa besar mahupun dosa-dosa kecil? Jangan dipandang remeh terhadap dosa-dosa kecil, walaupun ianya boleh dihapuskan melalui air wudhuk kita, namun begitu sekiranya dosa-dosa kecil itu dikumpulkan, maka akan jadinya ia dosa-dosa besar. Kita lebih rela tidak mahu mengetahuinya. Kononnya, apabila kita tidak mengetahui dosa-dosa tersebut, maka kita tidak perlu lagi bertanggungjawab. Sebenarnya kita salah! 

Manusia yang tidak mahu mengetahuinya adalah manusia yang sering terpedaya dan tertipu. Dosa tetap dosa kerana ianya mempunyai kesan. Terdapat perkara yang jelas mengapa Allah melarang kita melakukan perkara-perkara yang dilarang-Nya. Ini disebabkan semuanya memberikan keburukan terhadap diri kita. Bayangkan apabila kita bergelumang dengan dosa tiap-tiap hari dalam kehidupan kita, apa yang akan terjadi pada diri, hati, dan minda kita?


Rasulullah S.A.W ada menjelaskan bahawa sebaik-baik pelaku dosa adalah yang membersihkan dirinya seperti dalam sabdanya yang berbunyi, "Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah yang bertaubat." Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah.

Berdosa adalah bukan penutup kepada pintu rahmat Allah S.W.T. Tetapi, pintu rahmat Allah tertutup sekiranya kita berterusan bergelumang dengan dosa. Hidup kita semakin tergelincir dari landasan sebenar, sekiranya kita tidak segera membersihkan diri daripada dosa dan noda. Oleh sebab itu, kita perlu bergerak untuk mengetahui dan menilai semula kehidupan kita. Teruskan dengan mencuci karat-karat dosa daripada melekat kekal dengan lebih lama.

Hanya kerana kita minta ampun kepada Allah S.W.T, tetapi dalam masa yang sama, kita tidak pernah terfikir untuk berubah dan menjadi lebih baik lagi. Kita beranggapan bahawa seolah-olahnya Allah telah mengampuni dosa-dosa kita, maka kita telah lupa akan dosa-dosa silam kita dan terus melakukan perbuatan dosa yang lain pula. Dosa-dosa lepas tidak pula kita jadikan ianya sebagai pengajaran buat diri kita. 

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger