Searching...

Dosa Muncul dari Pelbagai Arah Tanpa Kita Sedari Termasuklah Perkara yang Di Tengah-tengahnya Itu...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa bukan hanya muncul pada perkara-perkara tertentu sahaja. Bahkan dalam segenap sudut di sekeliling kita, mudah terkena pada kita. Ini disebabkan bahawa kita telah memahami bahawa dalam kehidupan ini terdapat dua perkara, iaitu baik dan buruk. Tidak mempunyai perkara yang duduk di tengah-tengah antara baik dan buruk melainkan perkara yang syubhah dan dirasakan was-was untuk melakukannya. 

Kadang-kala ada orang yang boleh melakukan perkara baik dan buruk dalam satu-satu masa seperti contoh, orang itu mengetahui bahawa kalau dia melakukan perbuatan menipu orang dalam bentuk urusniaga, dia akan mendapat dosa besar, tetapi dalam masa yang sama dia tetap melakukan perkara tersebut disebabkan oleh kecenderungannya untuk mendapatkan wang melalui kaedah tersebut lebih tinggi daripada sandaran hukum halal haram yang diketahuinya. Orang tersebut berupaya memberi nasihat dengan cara baik dan halus kepada orang lain tentang haramnya menipu orang dalam cara urusniaga tersebut, tetapi disebabkan oleh sandaran hukum halal haram yang diringankan, mungkin kerana terdesaknya dia untuk membayar balik hutang yang dipinjam daripada ceti. Maka yang haram tetaplah haram. Itu dah cerita lain.



Sekarang ini bercakap mengenai perkara syubhah. Dalam Islam, perkara syubhah yang duduk di tengah-tengah itu, dinasihatkan agar kita tidak sering melakukannya. Perkara syubhah adalah perkara yang kita tidak tahu sama ada Allah benarkan ataupun tidak. Jadi, apabila kita mengetahuinya, maka kita boleh membersihkan diri kita daripada perkara tersebut. Tetapi apabila kita tidak mengetahuinya lalu kita pakat melanggar perkara syubhah itu, maka kita lebih cenderung kepada perkara yang Allah tidak benarkan.

Demi menjaga diri dan jiwa kita, Abu Abdullah meriwayatkan dalam hadis, Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang lagi jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang lagi jelas, dan di antara kedua-dua perkara itu mempunyai perkara-perkara syubhah yang mana kebanyakan orang tidak mengetahui kesamarannya. Sesiapa yang menjaga perkara syubhah, sesungguhnya dia membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Bagi sesiapa yang terjatuh dalam perkara syubhah, dia jatuh dalam perkara yang haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Setiap raja ada sempadan dan sempadan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya. Setiap jasad ada mempunyai seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ia adalah hati." [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim].

Mengapa kita dinasihatkan supaya berhati-hati dengan perkara yang tidak sahih haram ataupun tidak? Sebabnya, di hadapan Allah S.W.T tidak ada perkara yang diletakkan di tengah-tengah. Di hadapan Allah, semuanya adalah halal mahupun haram. Sekiranya kita selalu berada di tengah-tengah, dan kita cenderung menyangka bahawa yang di tengah-tengah itu merupakan haram, maka kita telah bergelumang dengan perkara yang haram itu. Maka dengan itu, jelas menunjukkan tempat utama serangan dosa terhadap kita adalah hati kita. Jagalah hati kita supaya Allah meredhai perbuatan kita. 

Insya-Allah. Wallahu'alam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

3 comments:

  1. Assalammualaikum...ummar farouk,


    datang daripada blog i love islam, jemputan perkenalan..


    mselim3

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...


    seronok mselim3 membacanya.. dosa itu ibarat karat besi yang memakan besi , semakin dibiarkan akan merosakkan diri...


    mselim3

    ReplyDelete
  3. "...timbul fitnah (ujian kepada keimanan)..."
    Contohnya yang paling jelas dan biasa dilihat, Fitnah kepada lelaki,
    pelajar2 wanita tak kira islam ataupun bukan, kebanyakan (bukan kesemuanya) mengenakan pakaian ketat dan terdedah...
    MashaaAllah, gangguan seksual secara sengaja dan terang-terangan terhadap para lelaki.
    Semoga Allah mengurniakan kita para2 Muslimin dan Mukminat dengan Iman atas Rahmat dan Kasih Sayang-Nya, sebagai pembenteng dari melakukan kemaksiatan, melihat, mendengar mahupun terlintas di dalam hati dan pemikiran.
    Amin.

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger