Searching...

Harapan dan Bagaimana Ia Digunakan? Khas Buat Para Pembuat Dosa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sukacita saya mahu menjelaskan di sini bahawa, kita para pembuat dosa ini sentiasa mempunyai harapan. Jadi, jangan sesekali kita menafikan dengan berkata tidak kepada harapan itu. Harapan sentiasa terbuka selagi mana ajal atau kiamat belum menjemput kita. Allah telah menjelaskan dalam firman-Nya yang berbunyi:


وَمَن يَعْمَلْ سُوءاً أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللّهَ يَجِدِ اللّهَ غَفُوراً رَّحِيماً

Maksudnya: "Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah An-Nisa' ayat 110].

Ayat di atas adalah sebahagian daripada ayat yang mengandungi perkataan, "Allah Maha Pengampun." Terdapat juga lebih daripada 90 ayat Al-Qur'an yang ada menyatakan sedemikian. Maka, siapakah yang boleh menafikannya?

Mengapa wujudnya taubat, sekiranya tidak ditujukan kepada makhluk yang bernama manusia dan jin yang tidak terlepas daripada berbuat dosa? Benarkah dengan wujudnya taubat dalam Islam, makna kata Allah S.W.T bersiap sedia mengampuni kita? 

Sudah tentulah Allah S.W.T bersiap sedia, sekiranya hamba-Nya mengharapkan ampunan daripada-Nya. Ketahuilah wahai para pembuat dosa, rahmat Allah S.W.T tersangatlah luas daripada segala-galanya.

Terdapat banyak cerita yang bersandarkan Al-Qur'an dan hadis mengenai Allah Maha Pengampun seperti berikut:

Dalam sebuah hadis qudsi, ada diceritakan seorang hamba Allah yang sangat takut kepada Allah. Sebelum hamba Allah itu meninggal, ia ada berpesan kepada keluarganya agar membakar jasadnya dan menyebarkan abunya di atas tanah kerana takutnya hamba itu kepada Allah. Tapi kemudian Allah mengumpulkan abunya itu dan kemudian bertanya: 

"Wahai hamba Ku, apa yang membuatkan kamu melakukan semua ini?"

Hamba Allah itu menjawab: Wahai Rabb ku, aku sangat takut kepada Mu, dan aku takut akan dosa-dosa silam ku." 

Maka kemudian Allah pun memasukkan hamba-Nya itu ke dalam syurga. Subhanallah.

Kemudian, diceritakan pula sebuah kisah. Ketika ada seorang hamba Allah yang telah melakukan perbuatan yang melampaui batas-batas seorang manusia, namun begitu ia mentauhidkan Allah S.W.T. Tidak satupun kebaikan yang ada pada dirinya. Pekerjaannya selama dia hidup di dunia dahulu adalah berdagang dan menamatkan hutang bagi orang yang susah dan tidak mampu membayar hasil jual beli barang dagangannya. Maka Allah pun berkata:

"Aku lebih berhak untuk dermawan daripada engkau. Ampunilah dia!" Maka, kemudian Allah pun memasukkannya ke dalam syurga. Subhanallah.

Firman Allah S.W.T:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Az-Zumar ayat 53].

Riwayat Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W ketika sedang melakukan solat berjemaah. Selesai bersolat, lalu ada seseorang yang berdiri dan berkata, "Saya berhak dijatuhkan hukuman, maka jatuhkanlah hukuman itu kepadaku."

Rasulullah bertanya, "Adakah tadi engkau bersolat bersama kami."

Jawab orang itu, "Ya."

Rasulullah S.A.W pun berkata, "Pergilah, Allah telah mengampunimu."

Berdasarkan cerita di atas, ketahuilah wahai para pembuat dosa, rahmat Allah itu lebih luas daripada segala-galanya. Allah menjelaskan dalam firman-Nya yang berbunyi:

وَاكْتُبْ لَنَا فِي هَـذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ إِنَّا هُدْنَـا إِلَيْكَ قَالَ عَذَابِي أُصِيبُ بِهِ مَنْ أَشَاء وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَـاةَ وَالَّذِينَ هُم بِآيَاتِنَا يُؤْمِنُونَ

"Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami." [Surah Al-A'raf ayat 156].



Bagimana pula kita menggunakan harapan yang Allah S.W.T berikan kepada kita? Bagaimana pula kita menggunakan sifat keampunan Allah S.W.T yang Maha Luas itu?

Ini adalah persoalan penting yang menentukan sama ada kita layak ataupun tidak untuk mendapat keampunan-Nya.

Bagi pendapat saya, kita hendaklah bersegera mendapatkan keampunan itu tanpa berlengah lagi. Senang cerita, kita perlu buat sesuatu tanpa perlu berkira. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan bermati-matian untuk mendapatkannya. Jangan jadi seperti ayam daging dan jangan buat sesuatu seperti hangat-hangat tahi ayam. Kita tidak akan menjadikan alasan Allah itu Maha Pengampun untuk menambahkan dosa. Manusia yang benar-benar inginkan harapan, sudah tentunya menggunakan segala peluang yang ada. Sekiranya kita kufur, tidak bersyukur, dan tidak menghargai harapan yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita, maka adakah kita ini layak untuk mendapatkan keampunan daripada-Nya? Adakah wujud keampunan untuk kita? 

Mustahil. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger