Searching...

ISIS Ditendang Keluar dari Kelompok Al-Qaeda

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dalam kenyataan bertarikh 27 Januari 2014 bersamaan dengan 25 Rabi'ul Awwal 1435H, organisasi Al-Qaeda mengumumkan mengenai pemutusan hubungan mereka dengan ISIS, dan berpaling diri dari segala tindakan ISIS, berserta tidak merestui penubuhan ISIS dan tidak meredhai dengan segala tindak-tanduknya itu. Bahkan Al-Qaeda sudah menyuruh ISIS menamatkan segala operasinya, dan mengatakan ISIS bukanlah satu cabang dari Al-Qaeda, dan ianya tidak ada apa-apa lagi hubungan organisasi dengan Al-Qaeda, maka Al-Qaeda tidak bertanggungjawab atas segala tindakan ISIS. Didalam kenyataan itu juga Al-Qaeda menekankan kesetiaan, kasih sayang dan sokongan mereka terhadap semua para Mujahidn, dan memberikan komitmen terhadap persaudaraan di antara kaum Muslimin dan Mujahidin.

Kenyataan ini tidaklah mengejutkan, kerana sebelum ini juga Syeikh Ayman Al-Zawahiri telah memberi dua kali ucapan audio mengenai ISIS. Pada bulan Jun 2013 Syeikh Ayman mengatakan bahawa penubuhan ISIS tidak mendapat restu pimpinan Al-Qaeda dan menyuruh ISIS dibubarkan dan pulang ke Iraq semula. Pada bulan Januari pula Syeikh Ayman menegaskan tentang larangan mengkafirkan Muslimin yang lain, dan menggesa para Mujahidin untuk memilih seorang ketua di antara mereka, maka secara tidak langsungnya memberi isyarat bahawa bukanlah Al-Baghdadi (Ketua ISIS) sahaja yang layak di beri baiah, seperti mana yang didakwa ISIS.

Tetapi mungkin apabila AL-Qaeda telah melihat bahawa ISIS langsung tidak menghiraukan bukan sahaja tawaran keamanan dari pihak lain bahkan dari ketua Al-Qaeda itu sendiri, maka mereka mengambil keputusan untuk memutuskan terus hubungan dengan kumpulan yang semakin di luar kawalan ini.

Berikut adalah klip video mengenai footage awal dari tragedi semalam yakni tindakan di luar kawalan yang dilakukan oleh ISIS telah mengorbankan 4 orang dan mencederakan ramai lagi.


Pengkhianat ISIS yang pengecut tidak mampu untuk berhadapan dengan Mujahidin secara bersemuka, maka dia membuat tipu helah dan meminta untuk berjumpa, kononnya untuk berbincang mengenai tawaran perdamaian. Tetapi sejurus dia masuk ke bilik bersama ketua-ketua Mujahidin, maka ahli ISIS itu terus meletupkan diri.

Semoga Allah merahmati para syuhada.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger