Searching...

ISIS Mengaku Anggotanya Bertindak Melampaui Batasan Di Raqqah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Gambar di atas merupakan screenshot kenyataan ISIS yang akan diterjemahkan ke dalam bahasa melayu seperti di bawah. Berikut adalah ringkasan kenyataan dari pemimpin tertinggi ISIS bertarikh 3/2/14:

"Kami telah mengetahui maklumat mengenai sesetengah tindakan yang melampaui batasan dan tidak terkawal oleh ahli ISIS telah menyebabkan kekacauan kepada kehidupan kaum Muslimin di Raqqah, dan kami meminta maaf terhadap semua yang terkena tempias mahupun betul-betul atas tindakan tersebut dan semoga Allah mengampuni kami dan mereka.

Dan kami mengingatkan semua anggota kami dari ISIS bahawa dakwah kepada Allah adalah semestinya hendaklah dengan berkasih sayang, kelembutan, ihsan dan kesopanan, bukan dengan kekerasan, bukan dengan kebiadaban dan bukan juga dengan keangkuhan.

Firman Allah S.W.T:

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." [Surah Al-Nahl ayat 125].

إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاء ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya." [Surah Al-Nahl ayat 90].

Dari Jabir bin Abddillah, bahawasanya Nabi S.A.W bersabda:
"Takutilah kezaliman, kerana kezaliman akan muncul sebagai kegelapan di hari kiamat" [Riwayat Muslim].

Penindasan itu adalah kezaliman, dan kezaliman itu adalah haram. Maka sesiapa yang melakukan kezaliman maka dia telah melakukan perkara haram, dan janganlah kamu menjadi orang yang mencegah manusia dari melakukan perkara haram, sedangkan kamu sendiri melakukannya, seperti firman Allah SWT:

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" [Surah Al-Baqarah ayat 44].

Kelakuan buruk ahli-ahli ISIS hanyalah akan memberi impak dan nama buruk kepada ISIS itu sendiri, dan juga kepada semua penduduk di Raqqah, jika ada anggota ISIS yang berinteraksi dengan cara yang buruk, maka kami akan adili mereka di Mahkamah Syariah."

Kenyataan di atas dikeluarkan selepas penentangan terhadap ISIS semakin memuncak dari pelbagai pihak hatta ulama'-ulama' jihad itu sendiri menentangnya. Sama ada kenyataan ini hanyalah untuk mengawal kerosakan pada akar umbi organisasi ISIS ataupun adalah salah satu inisiatif ikhlas daripada ISIS itu sendiri untuk menambahbaikan pemerintahan mereka dan terbuka kepada pelbagai pentafsiran. Ini bukanlah kali pertama ISIS meminta maaf setelah melakukan kezaliman kepada kaum Muslimin.

Apapun kenyataan ini merupakan salah satu pengakuan yang telah membenarkan dakwaan-dakwaan bahawa pemerintahan ISIS itu bukanlah sesuatu yang bagus atau 'perfect' dan adil terhadap rakyat yang mahukan hidup aman sejahtera seperti yang digembar-gemburkan oleh penyokong-penyokong mereka itu sendiri, malah berlaku pula kezaliman dan juga penindasan. Maka jika orang ISIS itu sendiri boleh mengaku kekurangan yang berlaku, mengapa sesetengah orang yang jauh di Nusantara pula mempertahankan mereka seakan-akan mereka itu maksum seperti Nabi dan para malaikat?

Semoga penduduk Raqqah akan dapat hidup dalam keadaan yang aman dan lebih baik selepas ini. Amin.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger