Searching...

Jangan Sesekali Kita Mengutuk Golongan Pembuat Dosa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Saya tidak melakukannya dan anda para pembaca sekalian juga tidak sesekali melakukan celaan terhadap para pendosa. Insya-Allah. Semoga Allah lindungi diri kita daripada melakukan celaan, cacian, makian, kutukan dan hinaan terhadap golongan yang lemah lagi berdosa. Kita sering kali terdengar kutukan dan makian terhadap para pembuat dosa yang lain seperti berikut:
  • "Mereka semua adalah ahli neraka."
  • "Mereka tidak ada harapan lagi untuk kembali ke pangkal jalan."
  • "Mereka inilah sampah masyarakat."
  • "Betapa hinanya mereka di hadapan Allah S.W.T."
Saya tidak sesekali melakukan perkara seperti itu. Kalau adapun, mungkin sudah lupa dan telah insaf daripada perbuatan buruk itu. Kerana, saya juga adalah pembuat dosa dan sama sepertimana golongan yang dicaci-maki seperti di atas itu. Siapa kita nak melabelkan diri kita sebagai maksum yang bebas daripada melakukan dosa melainkan Nabi S.A.W dan para malaikat? Hakikat saya menyatakan seperti di atas adalah untuk mengingatkan kita sesama manusia agar kita dapat melepaskan diri kita daripada tipu daya dan helah syaitan yang sering menyuruh kita melabel-label golongan pembuat dosa dengan pelbagai kutukan dan makian tanpa kita sedari.

Adakah benar para pembuat dosa tidak mempunyai harapan? Manusia yang mana pernah mengatakan sedemikian? Sedangkan Allah S.W.T itu Maha Luas Pengampunan-Nya.

Pembuat dosa yang tidak memohon ampun kepada-Nya, akan menjadi sebahagian daripada ahli neraka. Tetapi, para pembuat dosa ini akan memasuki syurga-Nya sekiranya mereka bersungguh-sungguh membersihkan diri, mencari kesalahan diri, dan berusaha memperbaiki dirinya. Sesungguhnya, keampunan Allah perlu disertai dengan usaha, bukan dengan bersahaja.

Daripada kita mengkafirkan si pembuat dosa, dan menyatakan mereka tidak mempunyai harapan, adalah lebih baik sekiranya kita mengajak mereka masuk ke syurga Allah S.W.T dengan mengajar mereka cara memohon keampunan dan usaha ke jalan taqwa-Nya. Sesungguhnya, masuk syurga seseorang itu bukan kerana amalannya ketika di dunia dahulu, sebaliknya kerana rahmat Allah terhadapnya.

Wallahua'lam. Akan bersambung ke tajuk seterusnya nanti...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger