Searching...

Kata-kata Daripada Seorang Pengikut ISIS yang Dikatakan Melampaui Batasan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Berkatalah seorang pengikut ISIS:

"Kami membersihkan bandar ini daripada khinzir-khinzir murtaddin (istilah untuk golongan murtad). Kami datang ke sini untuk memenggal kepala mereka. Kami berikrar atas nama-Mu Ya Allah bahawa kami akan membalas dendam ke atas para murtaddin dan kamu semua akan dibayar dengan darah kamu semua. Firman Allah: 'Perangi Kuffar!' Wallahi, kamu semua adalah Kuffar! Kuffar! Kuffar! Wallahi, kamu semua hanya akan dapat melihat senjata dan kami akan memenggal kepala-kepala kamu semua. Allah pasti akan memenangkan kami. Mereka memerangi kami kerana kamilah Muslim. Kami tidak akan menyerah kalah! Akulah singa yang berani dan cakaranku mencengkam ke dasar pasir. Bukit bukau melutut sebelumku. Akanku tunjukkan kehebatan dan kekuasaan ISIS di Syria, Kami akan membunuh mereka!"

Begitulah kata-kata daripada seorang pengikut ISIS yang dikatakan melampaui batasan dan juga diluar kawalan sekiranya bergabung dengan golongan mujahidin Syria. Kata-kata tersebut dapat kita dengar melalui klip video di bawah:



Perumpamaan Bagi Puak Khawarij:

Puak Khawarij sewaktu zaman Rasulullah S.A.W adalah mereka memberi gelaran 'Kafir atau Murtad' terhadap umat Islam yang melakukan dosa besar seperti berzina tetapi itu bukan bermakna umat Islam yang digelar itu sebagai Kafir atau Murtad.

Berlainan pula dengan puak Khawarij pada zaman sekarang, mereka memanggil umat Islam yang lainnya sebagai Kafir atau Murtad berdasarkan perasaan, emosi, andaian yang tidak releven, dan perkara yang sememangnya Halal di dalam kehidupan Islam contohnya seperti duduk bersama golongan Kuffar, menjalankan urus niaga bersama golongan Kuffar, ataupun menggunakan bendera yang pelbagai warna. 

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger