Searching...

Satu Permulaan Kita Sebagai Pendosa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sudah 4 bulan saya tidak berblogging disebabkan kekangan masa setelah sekian lama saya menyambung belajar ke peringkat seterusnya. Baru kini saya dapat menyambung kerja berblogging seketika saya bercuti selama dua minggu selepas menempuhi semester pertama pengajian saya baru-baru ini. Diharap saya dapat menyambung aktiviti berblogging saya ketika dalam tempoh pengajian untuk sem seterusnya. Insya-Allah. Oleh itu, saya mahu berkongsi sebuah buku yang saya baru sahaja membacanya. Penulis buku tersebut bernama Hilal Asyraf. Kalau tidak kenal tidak mengapa, kita kenal isi kandungan buku itu dulu, barulah kita kenal penulisnya.

Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan dosa-dosa besar, mahupn dosa-dosa kecil. Almaklumlah yang saya ini kadang-kadang sedang menaip sesebuah entri pun tidak terlepas daripada melakukan dosa-dosa yang saya tidak sedari. Dan siapa kita yang bukan pendosa dalam kehidupan dunia ini? Hanya Rasulullah S.A.W dan para anbia' sahaja maksum daripada segala noda dan dosa. Kita sebagai manusia biasa, dosa adalah sebahagian daripada fitrah. Semua orang mempunyai dosa sama ada sedar mahupun tidak sedar. Bezanya sama ada dosa itu jelas ataupun tersembunyi sahaja. Masing-masing mempunyai aib terzahir ataupun terhijab.

Persoalannya, tidak kisahlah dosa yang kita buat itu jelas ataupun tidak jelas. Tetapi, adakah kita mahu ataupun tidak mahu membersihkan dosa-dosa yang kita telah buat itu? 'Mahu' itu adalah jawapan yang membezakan kita daripada pendosa-pendosa yang lain. Oleh itu, saya sarankan agar saya dan para pembaca sekalian dapat meneliti dosa-dosa yang kita pernah lakukan, lalu cuba untuk membersihkan diri daripada dosa-dosa yang kita telah lakukan itu. Bersambung ke episod seterusnya...


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. lama menyepi broo.. patutlah..continue study.

    ReplyDelete
  2. Yup.. Memang busy btol.. Susah mahu curi2 mase utk update blog..

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger