Searching...

Syeikh Mohaisany Mula Bercakap Mengenai ISIS yang Bertindak Di Luar Kawalan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Setelah tercetusnya perbalahan terbaru yang sangat berdarah di antara ISIS dan Mujahidin yang lain di kawasan-kawasan yang telah di bebaskan di Utara Syria, Syeikh Mohaisany yakni seorang Ulama' yang berjihad di medan perang telah mengutarakan satu pelan perdamaian untuk menghentikan pertumpahan darah. Antara yang dicadangkan adalah semua pihak akan diadili oleh Mahkamah Syariah yang bebas untuk memastikan proses penghakiman berjalan secara adil. Rata-rata semua pihak bersetuju, dari Islamic Front (termasuk Ahrar Shams dan Jaish Al-Islam), Jabhah An-Nusrah, Jaish Mujahideen, Syrian Revolutionary Council dan kumpulan-kumpulan yang lain. Akan tetapi ISIS tidak menerima secara terus, bahkan meletakkan beberapa syarat yang dianggap hanyalah sebagai alasan untuk menolak proses perdamaian itu.

Akhirnya, selepas pelawaan perdamaian ditolak oleh ISIS, dan ISIS meneruskan kempen menyerang Mujahidin dari belakang dan membunuh komander-komander Mujahidin dan menghantar bom-bom kereta, Syeikh Mohaisany mengeluarkan kenyataan menceritakan apa yang terjadi. Dalam rakaman audio sepanjang 35 minit bertajuk, "Sesungguhnya aku telah menyampaikan", Syeikh Mohaisany bermula dengan menerangkan bagaimana konflik terkini tercetus di Atareb dan menyatakan kekecewaanya terhadap ISIS yang menolak usaha perdamaian sekalipun Syeikh Mohaisany telah menawarkan supaya Ulama'-ulama' terkenal seperti Syeikh Sulayman Al-Alwan, Syeikh Ibrahim Al-Rabeesh dan lain-lain lagi untuk menjadi hakim di Mahkamah Syariah.

Beliau juga menyatakan bahawa kebencian manusia terhadap ISIS adalah disebabkan kezaliman mereka, dan ianya bukanlah petanda bahawa mereka di Manhaj yang benar. Beliau berkata bahawa dakwaan ISIS berkenaan wanita Mujahidin dirogol adalah tidak benar, dan beliau telah pergi sendiri ke markaz-markaz Mujahidin untuk memastikan kebenaran berita tersebut. Beliau telah melihat sendiri ramai banduan di penjara ISIS yang dipenjarakan tanpa sebab dan juga ramai yang dibunuh hanya atas perkara yang syubhah. Beliau juga mengecam tindakan bom kereta ISIS yang banyak mengorbankan orang awam yang tidak bersalah.

Beliau berkata bahawa beliau tidak pernah melihat Ulama'-ulama' berjihad menentang sesuatu gagasan Islam sepertimana mereka menentang ISIS.

Dengan perkembangan terbaru di bumi Jihad Syam ini, mari kita doakan agar Jihad dapat dimurnikan kembali dan mencapai sasaran yang sebenar.

Berikut adalah klip video Ucapan Syeikh Mohaisany: 


Boleh rujuk kenyataan rasmi Al-Qaeda di [sini]. Tapi dalam bahasa Arab.

Semalam berlaku satu lagi kejadian bom berani mati, tetapi kali ini melibatkan ketua Liwa' Al-Fath. Khawarij ISIS datang dalam lawatan rasmi untuk berunding tawaran damai dengan Liwa' Al-Fath. Dia datang tanpa senjata, sebaliknya dia memakai tali pinggang yang sarat dengan bahan letupan untuk meletupkan dirinya sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik ibu pejabat Liwa' Al-Fath, lalu diletupkan dirinya.


Di dalam bilik tersebut juga terdapat pemimpin dari Liwa' yang lain iaitu Liwa' Sultan Al-Fatih. Alhamdulillah, kesemuanya terselamat. Gambar di atas adalah gambar Syeikh Mujahid Imad, pemimpin Liwa' Al-Fath di sebuah hospital di Turki.

Seperti yang Rasullullah S.A.W sebutkan mengenai Khawarij, mereka membunuh Muslimin dan memelihara Kafirin. Marilah Kita sama-sama berdoa agar pemimpin mujahidin cepat sembuh.

Sumber dari Syria Care.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger