Searching...

Terbaru, Kanak-kanak Syria dibunuh dengan Kejam Menggunakan Bom Tong-tong Drum (TNT)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pada tahun lepas, masyarakat dunia dikejutkan dengan serangan senjata kimia, dan mendesak pemerintah Syria bagi menghentikan serangan kimia terhadap penduduk Syria. Pada masa yang sama, serangan demi serangan melalui peluru-peluru yang keluar daripada senjata puak-puak Rejim masih lagi diteruskan. Terbukti bukan serangan senjata kimia yang rakyat Syria takutkan. Namun begitu, hari demi hari yang rakyat Syria lalui dipenuhi dengan rasa takut akan peluru-peluru yang menembak tepat mengenai sasaran tidak kira di leher, di dada dan di kepala mereka bagi tujuan membunuh. 

Saban hari melebihi 200 orang rakyat Syria yang telah terbunuh dan syahid. Kini, puak-puak Rejim sudah nekad untuk membunuh dengan bilangan mangsa yang lebih ramai lagi. Puak-puak Rejim menjadi semakin tamak! Negara-negara lain dihujani air. Tetapi, malangnya bumi Syria yang kaya dengan sirah-sirah Nabi kini dihujani dengan tong-tong drum (TNT) yang datang dari pesawat Rejim dan kereta-kereta yang sarat dengan muatan bahan letupan. Dan yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak yang baru hendak mengenal erti dunia ini.

"Pesawat tentera Rejim Assad kembali menjatuhkan bom TNT di daerah yang dikuasai pejuang FSA di utara bandar Aleppo pada hari Sabtu semalam (8/2/2014) dengan membunuh sedikitnya seramai 15 orang. Peristiwa hari Sabtu ini telah menggagalkan usaha-usaha gencatan senjata di anatara pemerintah dan pejuang FSA di pusat Bandar Homs dan ini membantutkan usaha-usaha menjalankan bantuan kemanusiaan ke dalam daerah-daerah yang sudah terkepung lebih daripada setahun." Demikian aktivis kemanusiaan itu membuat laporan.

Pengeboman bandar Aleppo merupakan sebahagian penting daripada kempen yang dilakukan oleh pasukan pemerintah Assad untuk mengambil alih takhta terhadap bandar itu. Bandar tersebut sebelum ini telah dikuasai oleh pejuang FSA pada pertengahan 2012.

"Sekurang-kurangnya lebih lima bom tong drum (TNT) berjaya diletupkan di kawasan jalan di daerah yang berdekatan dengan Masaken Hanano dan Haidariyeh," Ujar Muhammad Wissam dari Aleppo kepada Media Center.

Wissam mengatakan empat orang terbunuh di Masaken Hanano dan 11 lagi yang lainnya terbunuh di Haidariyeh.


Rakaman video daripada salah satu peristiwa dimulai dengan letupan yang dahsyat itu diikuti dengan kepulan asap yang mengepul-ngepul ke langit. Beberapa orang sedang bergegas menuju ke kawasan bangunan yang runtuh, dan menarik keluar anggota-anggota badan penduduk yang hancur. Mereka membawanya dengan pengusung kecemasan daripada kadbod dan selimut, kemudian meletakkan mangsa yang terbunuh di kaki lima. Seorang lelaki meletakkan anggota badan yang terputus di sebelah badan mangsa.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger