Searching...

Adakah Kita Ambil Kisah Tentang Pilihan yang Diberikan oleh Allah S.W.T?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kebanyakan daripada kita tidak ambil kisah tentang pilihan yang Allah S.W.T berikan terhadap umat manusia. Pilihan inilah yang akan dijadikan sebagai benteng pemisah antara kecemerlangan dunia dan akhirat, dan juga kegagalan seseorang adalah benteng 'nak ke tak nak?'. Ini merupakan benteng ajaib. Sekiranya kita cakap 'nak', maka muncul pintu dalam keadaan yang terbuka. Sekiranya kita cakap 'tak nak', maka yang kelihatannya hanyalah dinding ataupun pintu yang tertutup lagi terkunci dan kita kekal berdiri di hadapan dinding atau pintu itu tanpa kita mampu untuk meneruskan perjalanan kita nanti.


Manusia yang tidak mampu nak berjaya, hakikatnya mereka tersekat pada dinding atau pintu tertutup antara 'nak ke tak nak?'. Kebiasaannya mereka memilih 'tak nak'. Namun begitu, mereka tertipu dengan benteng 'silap mata' yang tidak wujud itu.

Perlu diingatkan, dalam kita membicarakan soal 'nak ke tak nak?', perbicaraannya hendaklah menurut konteks ke arah kebaikan dan yang sekutu dengannya. Jangan pula dibicarakan dalam konteks membuat keburukan dan yang sekutu dengannya pula.


Allah menjelaskan dalam surah Al-Baqarah, ayat 256 yang bermaksud:

لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدمِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [Surah Al-Baqarah ayat 256].

Allah membahaskan dalam Al-Qur'an bahawa tidak ada paksaan dalam Islam. Tetapi, Allah juga ada menegaskan bahawa yang tidak ada paksaan itu bukan bermakna Dia (Allah) menghilangkan kesan terhadap apa yang kita pilih sama ada kebenaran atau kejahatan.

Sesiapa yang memilih kebenaran sudah pasti mereka akan selamat. Bagi sesiapa yang memilih keburukan, sudah tentulah mereka merasai kehancuran (bala). Sama ada mereka dapat merasai selamat atau kehancuran bukan dijadikan masa di dunia sebagai kayu pengukur. Masa di akhiratlah yang akan dijadikan penentu sama ada kita selamat ataupun tidak. Di dunia lagi bermacam-macam musibah telah mereka alami, namun begitu Allah Maha Adil. Di akhirat sudah tentu mereka akan selamat sekiranya mereka memilih kebenaran.

Setiap pilihan mempunyai kesan. Apabila kita memilih 'nak', maka ia mempunyai kesan. Begitu juga kalau sekiranya kita memilih 'tak nak', juga mempunyai kesan. Justeru, tidak ada sebarang paksaan dalam membuat pilihan. Pilihan ini tidak sesekali menghilangkan kesan sama ada kita 'nak ke tak nak?'. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger