Searching...

Bagaimana Hendak Mengetahui Sesuatu Perkara Itu Adalah Dosa Ataupun Tidak?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hadith ada menyebut, "Umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya." Begitulah perumpamaan bagi kita apabila kita hendak menentukan sesuatu perkara sama ada perkara tersebut adalah dosa ataupun tidak? Justeru, bagaimana kita hendak memeriksa sama ada perbuatan harian kita adalah berdosa ataupun tidak?

Mudah sahaja. Allah S.W.T tidak akan menurunkan Al-Qur'an dan rasul itu melainkan untuk dijadikan petunjuk bagi keseluruhan umat manusia. Allah menjelaskan dalam surah Al-Baqarah, ayat 185 seperti berikut:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ 

Maksudnya: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." [Surah Al-Baqarah ayat 185].

Allah S.W.T juga menegaskan dalam surah Al-Baqarah, ayat 151 seperti berikut:

كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولاً مِّنكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُواْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: "Sebagaimana Kami menyempurnakan nikmat Kami kepadamu, Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui." [Surah Al-Baqarah ayat 151].



Oleh itu, perkara yang Allah tegaskan ianya sebagai larangan, maka perkara itulah adalah larangan buat diri kita. Walaupun pada zahirnya ia nampak macam kelihatan baik. Manakala, perkara yang diperintah oleh Allah, itu adalah kebaikan untuk diri kita. Walaupun kita menganggap perkara itu seperti tidak baik untuk kita. Maka Allah adalah sebaik-baik perancang.

Bagi saya, itu cuma penilaian. Sebagaimana kata-kata masyhur yang mengatakan, "Baik itu adalah perkara yang dikatakan baik oleh syarak. Buruk itu adalah perkara yang dikatakan buruk oleh syarak."

Mari kita mengkaji dan melihat semula kehidupan kita. Apakah perkara yang sering kita lakukan? Bagaimana dengan pemakaian kita, adakah menutupi aurat ataupun tidak? Bagaimana cara kita bercakap sama ada kata-kata kita boleh menyakiti hati orang lain ataupun kata-kata kita itu ada unsur-unsur fitnah yang kita tidak ketahui asal-usul berita yang kita hendak sampaikan itu? Adakah makanan dan minuman kita sama ada halal atau haram ataupun juga kategori syubhah yakni hasil daripada pendapatan kita yang tidak diketahui sumber itu halal atau haram? Adakah ibadah dan kepercayaan kita sama ada hati ini ikhlas mengabdikan diri pada Allah S.W.T ataupun kita pernah mengerjakan ibadah secara ikut-ikutan (hipokrit dengan menipu diri kita sendiri)?

Jadi, adakah kita berada dalam lingkungan yang dikatakan baik oleh Allah S.W.T? Sekiranya kita berada di luar lingkungan itu, sudah menjadi kenyataan bahawa kita telah melakukan perkara-perkara yang berdosa. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger