Searching...

Hati yang Kosong Boleh Diisi, Tetapi Kalau Jiwa yang Kosong Nak Diisi dengan Apa?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dalam hati kita ada satu lompong kosong dan tak terisi. Kita sering kali merasa kekosongannya. Ruang itu sunyi. Kita takut dengan kesunyian yang ada dalam ruang itu.

Akhirnya, kita mula mencari sesuatu untuk mengisi ruang kekosongan itu tadi. Ada yang mencari harta, ada yang mencari pasangan, ada yang mencari pekerjaan masa lapang bukan sahaja sekadar hobi, ada yang mencarinya dengan aktiviti luar seperti memanjat gunung dan menyelam ke dasar lautan. Ada pula yang mengisi kekosongan itu dengan menganiaya orang lain, dan ada pula juga yang mengisinya dengan cara menggembirakan hati orang lain.

Tetapi, kesemuanya ibarat berpusing dalam bulatan. Perasaan yakni jiwa yang kosong pula tidak terisi. Kita berasa amat takut akan kekosongan itu. Apakah kekosongan itu? Dan apakah pula yang patut kita isi?

Itu adalah ruangan khas untuk Allah S.W.T. Ianya kosong kerana kita tidak mengisinya dengan perkara yang patut kita isikan padanya iaitu pengabdian kita terhadap-Nya serta pergantungan kita kepada-Nya.



Rapuhnya pergantungan kita terhadap-Nya.

Hidup kita diisi dengan pelbagai pengisian. Kita selama ini banyak bergantung pada pelbagai pergantungan. Kita bergantung pada seseorang insan kerana kita mengharapkan kasih sayang insan itu berkekalan. Kita dambakan kebahagiaan yang berterusan. Namun begitu, sebaliknya pula yang terjadi. Kita diuji dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan berkeluarga. Tujuan kita diuji oleh Allah adalah untuk kita sedar sejauh mana pergantungan kita pada seseorang itu boleh menjamin berkekalan sekiranya kita tidak bergantung sepenuhnya pada Allah S.W.T.

Justeru, sebagai manusia yang berfikir, kita akan berfikir sejauh manakah kasih sayang kita berkekalan? Selama manakah kebahagiaan dan kesenangan yang ada pada kita akan berterusan? Adakah kita dapat meneruskan kebahagiaan ini seperti biasa selepas kematian orang yang memberikan kita kasih sayang? Adakah kita dapat meneruskan kebahagian ini seperti biasa selepas orang yang memberikan kita kesenangan terlibat dalam suatu kemalangan yang menyebabkan anggota tubuhnya menjadi cacat seumur hidup? Adakah harta kekayaan dapat memuaskan kita buat selama-lamanya?

Akhirnya, kita boleh melihat terdapat 1001 kemungkinan dalam perjalanan hidup kita atas dunia ini yang mampu membawa kita kepada kesengsaraan. Kemalangan, tragedi, musibah, dugaan, dan kematian itu kesemuanya mungkin boleh terjadi. Jadi, kita harus sedar bahawa diri kita ini lemah. Tidak berkuasa dan tidak berupaya melakukan apa-apa sebenarnya melainkan dengan kehendak Allah S.W.T.

Maka, di sinilah kita melihat kerapuhan itu. Perasaan takut dari segenap penjuru hati ini mula akan muncul. Ianya mula menjadi gerun dengan munculnya hari esok tanpa pergantungan yang utuh yakni di padang mahsyar kelak. 

Hayati klip video di bawah:



Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger