Searching...

Jalan Manakah yang Terbaik Untuk Mendapatkan Keredhaan Allah?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dalam banyak-banyak jalan, jalan manakah yang terbaik bagi diri kita untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T?

Jalan tersebut bukan semata-mata dalam solat dan ibadah kita di dalam masjid, dan bukan juga semata-mata pada masa kita bangun pada tengah malam. Bahkan, di pejabat, di meja makan, di rumah, di tempat belajar, di shopping complex, dan di taman-taman rekreasi, jikalau kita ingat-Nya dengan istighfar dan zikir kita kepada-Nya, nescaya kita akan merasa tenang dan bahagia dalam menghadapi aktiviti-aktiviti harian kita. Malah, jiwa dan tubuh kita pun turut merasakan selamat dalam perhatian-Nya.

Dekatilah diri kita kepada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan sekalipun, nescaya kita akan berasa takut dan malu dalam perhatian-Nya. Maka, Allah akan meredhai kelakuan kita pada masa itu.

Mendekati-Nya dan tunduk kepada-Nya, sepanjang masa mahupun seketika. Malah, kehidupan kita perlu dibina atas apa yang diredhai-Nya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang halal dan tidak melakukan maksiat hatta kalau ada unsur-unsur maksiat sekalipun. Sekiranya ada terjebak, maka istighfarlah sebagai pengubat jiwa untuk mengingati Allah dan berusahalah semampu atau sedaya mana untuk kita hindarkan perbuatan yang dilarang oleh-Nya.


Kita melihat golongan manusia sebelum kita yang melakukan perkara sama dengan mendekati Allah S.W.T dan tunduk kepada-Nya sepanjang masa. Apakah yang mereka dapat sama ada mereka berada di dunia dan di akhirat? Allah menyatakan dalam surah Al-Fajr, ayat 27 hingga 30 seperti berikut:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي
وَادْخُلِي جَنَّتِي

Maksudnya: "(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): 'Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!' - (27)

'Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!' - (28)

'Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia' - (29)

'Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!' - (30)

[Surah Al-Fajr ayat 27-30].

Firmah Allah S.W.T lagi:

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ


Maksudnya: "'(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah'. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia." [Surah Ar-Ra'd ayat 28].




Tidakkah kita melihat, inilah jawapan bagi ['kekosongan'] itu? Sekiranya jiwa kita diisi dengan mengingati Allah, maka ketenangan itu akan wujud. Jika kita merasai ketenangan itu, insya-Allah, Allah akan meredhai kita. Mudahkan? Inilah jalannya... Jadi, apakah yang kita patut lakukan sekarang? Sentiasa beristighfar dan berzikirlah... Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger