Searching...

Kesannya Apabila Kita Memilih 'Tak Nak'...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Apabila kita memilih 'tak nak', kita telah memilih satu jalan yang begitu mudah. Kita tidak memilih untuk melepasi benteng seperti tembok dinding, tetapi cukup sekadar berdiri tanpa melakukan apa-apa di hadapan benteng itu. Jalan yang kita lalui ini tidaklah sesusah mana kerana kita tidak memerlukan apa-apa usaha dan pengorbanan. Senang cerita, jalan yang kita lalui itu adalah jalan pintas tanpa merentasi halangan. Malah, kita hanya mampu berbuat sesuka hati, tanpa perlu ada pengawasan dan peraturan. Kesenangan dan kemudahan inilah merupakan kesan sampingan kepada 'tak nak'.


Kesan sampingan ini sungguh menyenangkan bagi semua orang. Ini akan menyebabkan ramai orang menjadi malas dan cuma mengharapkan 'bulat akan datang bergolek'! Namun begitu, perlu diingatkan bahawa kesan sampingan ini hanya wujud dalam jangka masa sementara sahaja. Kesan sampingan ini pada hakikatnya akan merosakkan diri kita dalam jangka masa panjang. Malah, lebih menakutkan jika ianya rosak dalam sekelip mata dan berkali-kali ganda beban yang akan kita tanggung pada kemudian hari nanti.

Sekiranya kita bercakap mengenai perihal akhirat, maka kesenangan sementara di dunia ini, sekiranya kita tidak mengingati Allah S.W.T dengan meninggalkan hukum-hakam dan melakukan larangan Allah, maka kita akan dibayar dengan keperitan seksaan neraka yang teramat dahsyat dalam keadaan abadi (kekal buat selama-lamanya).

Allah S.W.T ada menjelaskan dalam surah Toha, ayat 131 seperti berikut:

وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَى مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجاً مِّنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَى

Maksudnya: "Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal." [Surah Toha ayat 131].

Justeru, masih ramai yang terpedaya dengan kesan sampingan bagi mereka yang memilih jalan 'tak nak'. Oleh itu, jangan kita jadikan bermacam-macam alasan untuk kita tidak berusaha dan tidak mengorbankan sesuatu dengan perbuatan yang setimpal dengan kemampuan kita sekiranya kita tidak menginginkan kesusahan pada kemudian hari sama ada di dunia malah di akhirat jua yang mana merupakan hari penghujung segala hari (hari pengadilan). Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger