Searching...

Kesannya Apabila Kita Memilih 'Nak'...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apabila kita memilih 'nak', kita memilih satu jalan yang begitu susah. Kadangkala jalan inilah yang memerlukan kita meninggalkan apa yang kita suka lakukan. Jalan ini jugalah yang kita harus tempuhi dengan bermacam-macam 1001 ujian dan halangan. Ini adalah disebabkan kesan sampingan sekiranya kita memilih 'nak'.

Sebagai contoh, apabila kita bercakap mengenai perihal mengubah masyarakat yang cinta akan dunia kepada masyarakat yang mentaati Allah S.W.T, Syed Qutb ada menjelaskan keadaan kepada pilihan itu dengan kata-katanya yang masyhur ini; 

"Jalan ini tidak ditaburi oleh bunga-bunga, tetapi ditaburi oleh duri-duri yang terpacak."

Ini adalah contoh kesan sampingan terhadap pilihan 'nak'. Maka kesan sampingan inilah yang sering ditakuti manusia dan menyebabkan ramai yang tidak berani untuk memilih 'nak'. Namun begitu, kesan sampingan ini hanya wujud dalam waktu yang singkat sahaja. Justeru, ada perumpamaan yang mengatakan, "Akhir itu lebih baik daripada awal," dan "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna." Kesan sebegitulah yang memberi impak dalam kehidupan manusia yang mana ianya beribu-ribu kali ganda lebih menyenangkan daripada 1001 ujian tadi. 

Sebab itulah kadang-kala kita tidak sedar dan jarang bersyukur pada nikmat yang sedia ada pada kita. Buktinya apabila tertimpanya sesuatu musibah yang begitu sekejap tempoh masanya, rasa seperti lama kita telah menanggung penderitaan musibah itu. Tetapi apabila kita berasa sesuatu yang menyenangkan dalam tempoh yang agak lama, terasa seperti nikmat yang menyenangkan itu cepat berlalu pergi. Itulah dunia... Hanyalah bersifat sementara. 


Sekiranya kita membicarakan perihal akhirat pula, kesan sampingan terhadap pilihan 'nak' itu sangat-sangat menyenangkan buat diri kita dan ianya bersifat abadi (kekal buat selama-lamanya).

Allah menjelaskan dalam surah Asy-Syarh, ayat 5 hingga 6 seperti di bawah:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً

Maksudnya: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." [Surah Asy-Syarh ayat 5-6].

Namun begitu, masih ramai yang terlalu takut dengan kesan sampingan atas jalan pemilihan 'nak'. Ini menyebabkan ramai yang lebih memilih kepada 'tak nak'. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger