Searching...

Keterangan Ini Boleh Mengubah Persepsi Manusia Terhadap Allah Yang Maha Pengasih

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pada pendapat saya, betapa besarnya kasih sayang Allah S.W.T terhadap manusia. Allah tidak memaksa manusia menyembah-Nya. Tetapi, dengan cara lembut dan penuh hikmah, Allah memberikan kita amaran jikalau kita tidak menyembah-Nya. Sepertimana yang kita semua tahu. Dengan kuasa-Nya, Allah mampu membuatkan semua makhluk beriman kepada-Nya. Tetapi, Dia tidak melakukan perbuatan sedemikian itu. Dia mahu menguji manusia khusus buat para hamba-Nya dan memberikan hamba-hamba-Nya jalan ikhtiar. Itulah yang dikatakan Allah Maha Pengasih.

Allah S.W.T menegaskan dalam surah Al-Mulk, ayat 2 seperti berikut:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Maksudnya: "Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." [Surah Al-Mulk ayat 2].


Allah tidak pernah memaksa kita sama ada mahu mentaati perintah-Nya ataupun tidak, sama ada hendak berjaya ataupun tidak. Tetapi Allah menceritakan keburukan bagi sesiapa yang tidak mentaati perintah-Nya, dan juga keburukan pada sesiapa yang memilih kegagalan.

Oleh itu, Allah melarang bagi sesiapa manusia yang mentaati-Nya, dan kemudian manusia itu juga berputus asa. Ini disebabkan perbuatan berputus asa itu adalah jalan bagi mereka yang memilih ['tak nak'] seperti mana yang telah saya terangkan dalam entri sebelumnya. Sesiapa yang tidak berputus asa, sentiasa memilih jalan kebaikan yakni pilihan ['nak']. Ini adalah merupakan kasih sayang Allah yang terbesar untuk manusia.

Tiada paksaan dalam membuat pilihan. Jalan dah ada. Kita yang memilih. Namun begitu, balasan sama ada baik atau buruk tetap sama sekali wujud pada pilihan ['nak ke tak nak'] yang kita pilih itu. Berbalik kepada diri kita, adakah kita percaya ataupun tidak dengan balasan yang Allah tentukan terhadap pilihan kita itu? Jawapannya akan diketahui pada entri-entri yang akan datang.

Sebelum itu, mari kita mengimbau kembali dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini. Apabila kita mengetahui dalam menilai sesuatu perkara itu sama ada dosa ataupun tidak, barulah kita dapat mengetahui bagaimana untuk memulakan penyucian dan pembersihan diri. Senang cerita, kita telah belajar daripada kesilapan yang lalu dan kini kita akan mencuba sedaya-upaya untuk memperbaiki diri kita pada masa akan datang dengan pilihan ['nak'].

Akhirnya, kita mengetahui dosa itu adalah apa yang tidak disukai, dilarang, dan ditegah oleh Allah S.W.T terhadap diri kita. Jelas di sini, sekiranya kita mengetahui itu adalah perkara yang mendatangkan dosa, maka segeralah berlari daripadanya. Maka, itu adalah satu usaha daripada diri kita. Justeru, ini bermakna kita menuju kepada perintah dan suruhan Allah S.W.T. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. ‘Perfect Men’ - This is What Women Really Like !!

    Kenikmatannya Terasa Hingga ke Subuh
    !!



    http://perfectmaster88.blogspot.com/2014/03/men.html

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger