Searching...

Pilihan Hanyalah di Tangan Kita. Kesan Tetap Berjalan...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pilihlah dengan akal yang waras. Kita bukannya gila. Sekiranya kita mahu kebaikan, kita pasti akan merasai kesan sampingannya yang sementara itu di dunia dan kemudian kita akan mendapat kesannya yang abadi di syurga nanti. Begitu juga dengan keburukan, kita tetap akan merasai penangan kesan sampingan itu. Kesan baik atau buruk di dunia yakni ujian Allah S.W.T akan menentukan kesan sampingan kita semasa di akhirat kelak sama ada kita ditempatkan ke dalam syurga ataupun ke neraka.

Allah menjelaskan dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 seperti berikut:

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللّهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللّهُ بِقَوْمٍ سُوءاً فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ

Maksudnya: "Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." [Surah Ar-Ra'd ayat 11].

Ujian Allah tidak kira manis mahupun pahit. Kadangkala Allah hendak uji kita dengan didatangkan kepada kita harta kekayaan yang melimpah ruah, sama ada kita manfaatkan harta kekayaan yang banyak itu ke jalan-Nya atau sebaliknya? Kesan sampingan ini juga boleh mendorong amalan kita sama ada bertambah ataupun berkurangan. Kalau sekiranya kita memiliki nikmat yang sangat sedikit, maka kita sebenarnya telah diuji oleh Allah sama ada kita mahu bersyukur kepada-Nya ataupun berterusan mengejar dunia tanpa mengingati-Nya. Setiap dari kita, ada malaikat yang sentiasa mengawasi dan mencatat pekerjaan kita selama kita hidup di dunia ini.


Melewat-lewatkan pemilihan kita terhadap 'nak ke tak nak?' akan menyebabkan kita melakukan segala macam bentuk pembaziran sama ada masa mahupun harta yang akhirnya, mencampakkan diri kita ke dalam golongan yang memilih 'tak nak' yakni rugi. Firman Allah S.W.T:

وَالْعَصْرِ
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Maksudnya: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." [Surah Al-Asr ayat 1-3].

Orang yang rugi juga kebanyakannya memilih [jalan pintas] mereka untuk menyelesaikan masalahnya dalam masa yang singkat, dan membawa kerugian pada dirinya dalam jangka masa panjang kelak.

Keputusan perlu dibuat. Tiada paksaan. Tetapi, kita pasti akan mendapat apa yang sesuai dengan pilihan kita. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. Ni pendapat kaum Salafi Wahabi, menghalalkan darah sesama Muslim, lupa ke yg membunuh dan membunuh sesama Muslim masuk neraka....dunia lain maju mengejar kesejahteraan tapi kaum Muslim maseh berdendam membenci waluapun masaalah itu sudah berlarutan 1300 dulu... sedar, bangkit bersatulah umat Islam

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger