Searching...

Setiap Alasan yang Kita Utarakan, Luahkan Dahulu di Hadapan Allah S.W.T.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kita gemar memberikan pelbagai alasan. Atas kelalaian kita, kesilapan kita, kecuaian kita dan segala perkara yang kita menyumbangkan ketidaksenangan pada sesiapa sahaja atau juga pada keadaan, pasti kita akan memberikan bermacam-macam alasan untuk menyenangkan hati kita dan hati orang yang terlibat dalam situasi kita.

Mengapa kita gagal dalam peperiksaan? Alasannya, soalan peperiksaan sangat susah dan masa yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk menjawab kesemua soalan yang diberikan.

Mengapa kita selalu melambat-lambatkan solat? Alasannya, kerja menimbun-nimbun tidak sempat hendak siapkan, kalau tangguh kerja sedikit takut dalam solat tidak khusyuk kerana teringatkan kerja yang belum siap tadi. Ataupun alasan lain, waktu solat masih panjang lagi.


Mengapa hendak berpasang-pasangan (bercouple)? Alasanya, mahu merapatkan hubungan silaturrahim dan saling kenal-mengenali antara satu sama lain, kalau tidak kenal maka tidak dikatakan cinta. 

Mengapa lambat menghantar kerja (assignment)? Alasannya, ada urusan penting atau tidak sihat atau masa tidak mencukupi atau terlalu banyak kerja lain kena buat atau tidak ada kelengkapan/alatan untuk buat atau sebagainya yang kebanyakannya kita boleh reka alasan itu sendiri tanpa memikirkan risiko terhadap perbuatan kita tersebut.


Banyak alasan yang boleh kita reka untuk meraih simpati daripada individu agar menerima kita seadanya. Dalam banyak perkara yang kita memberikan pelbagai alasan, semuanya ada alasannya tersendiri. Individu yang menerima alasan daripada kita, mungkin hanya mampu untuk menarik nafas dan sekadar berpuas hati dengan alasan yang kita berikan itu. Ini disebabkan individu itu tidak tahu sama ada alasan itu benar ataupun tidak. Walaupun nampak alasan itu semacam kukuh, tapi tidak bermakna alasan itu benar.

Tetapi, bagaimana dengan Allah yang Maha Mengetahui? Adakah kita dapat membela diri kita dengan pelbagai alasan tersendiri?

Mengapa saya melakukan zina? Kerana perempuan itu menggoda saya dahulu. Sekiranya tidak, maka saya tidak akan melakukan dosa besar itu. Mengapa qada' solat subuh pagi tadi? Saya terlajak tidur. Tujukan alasan ini kepada Allah. Kemudian, fikirkan adakah Allah menerimanya? Dan fikirkan juga apakah akibat yang akan kita terima nanti atas kifarah dosa besar itu?


Jadi, apakah pandangan anda? Sekiranya semua alasan yang kita berikan itu, kita bentangkan di hadapan Allah S.W.T, adakah Allah menerimanya? Secara zahir, alasan seperti itu mungkin boleh menunjukkan kita tidak bersalah (innocent). Tetapi, bagaimana pula yang tersembunyi di sebalik alasan itu?

Benarkah terlajak tidur ataupun sudah bangun (celik mata), kemudian tidur semula? Benarkah kita berzina disebabkan kita digoda ataupun selama ini kita tidak berusaha untuk menjauhi daripada perbuatan itu atau kita sengaja melakukan perbuatan yang menghampiri kepada zina itu?

Allah Maha Mengetahui dan Allah juga Maha Halus pemerhatian-Nya. Sesungguhnya pengetahuan dan pemerhatian Allah tidak akan terlepas walaupun dalam sekecil-kecil zarah perkara itu dan yang tersembunyi jauh di dalam lubuk hati manusia itu. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger