Searching...

Bagaimana Hendak Melatih Diri Kita Untuk Hidup Tanpa Alasan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kita mampu berdisiplin dan berusaha bermati-matian bagi mencapai apa yang kita mahu. Selalunya berlaku, apabila kita meninggalkan alasan dan bergerak mengambil usaha untuk menuju tangga kejayaan.

Alasan cuma boleh melemahkan semangat, jiwa dan hati kita. Sekali alasan berikan dan diterima, maka sudah tentu hati kita akan tergerak untuk memberikan alasan yang seterusnya pada kemudian hari.

"Mengapa tidak pergi mengaji ilmu agama?" Alasannya, "Saya terlupa dan tak sedar waktu mengaji itu pada waktu kerja rumah saya dibuat pada masa itu. Minta maaf ya."

Sedangkan kita sengaja matikan loceng, senyapkan telefon bimbit pada masa jadual mengaji itu bermula dan tidur ataupun buat kerja berlatarkan duniawi semata-mata tanpa menyedari perlukan aktiviti kerohanian yang perlu diisi dalam jiwa yang kosong ini. Seterusnya, kita berasa mahu memberikan alasan lain untuk tidak hadir ke kelas pengajian ilmu agama lagi pada masa akan datang. Alasan itulah yang menghalang kita daripada melakukan kebaikan demi agama.


Alasan jugalah yang akan mencambah benih-benih kejahatan di dalam hati dan jiwa kita. Contonya, "Tidak mengapa, sedikit sahaja lagi. Mahu chatting sekejap sahaja. Cuma mahu bertanyakan khabar, menghantar smiley sebagai tanda ikatan mesra dengan sokongan alasan mahu menjaga ikatan silaturrahim sesama manusia.

Akhirnya, alasan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu meleret entah ke mana. Alasan itulah yang menghalang daripada wujudnya kebenaran dan menambah kebatilan dengan perbuatan dosa, lantas menarik diri berterusan melakukan kemungkaran. Seterusnya boleh menambah sedikit demi sedikit alasan dan akhirnya semakin berterusan selagi tidak diubah dengan keinsafan. Sehinggakan berlaku kenyataan seperti berikut, "Alahai, tidak mengapalah sekiranya dating, bersiar-siar, makan angin dan belajar bersama-sama, tetapi tidak berpegangan tangan. Apa salahnya jika tidak bersentuhan berlainan jantina? Ke bukan?"

Ya, memang betul. Walaupun sampai ke tahap itu, hati kita masih tidak berasakan dosa dan juga walaupun sekecil zarah hati kita berpaut pada kehendak hawa nafsu, sedangkan kita tidak sedar dengan pelbagai alasan yang telah melindungi kita. Oleh itu, cubalah kita memberikan alasan yang pernah melindungi kita sewaktu kita hidup di dunia dahulu kepada Allah S.W.T. Cubalah kita berikan. Nak tahu juga bagaimana kesannya?

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger