Searching...

Orang Pengelat Tidak Akan Dijanjikan Syurga Sekiranya Tergolong Dalam Golongan Ini...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kaab Bin Malik tidak turut serta dalam peperangan Tabuk. Beliau telah berjumpa Rasulullah S.A.W dan tidak sesekali mengemukakan alasan. Hayatilah apa yang beliau katakan terhadap Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, sekiranya aku mahu, aku mampu mencipta pelbagai alasan. Tetapi, aku tahu, walaupun aku dapat terlepas di hadapan kamu pada hari ini, tidak bermakna aku akan dapat terlepas di hadapan Allah kelak."

Hayatilah pendirian Kaab bin Malik. Beliau mempersembahkan alasannya terlebih dahulu terhadap Allah S.W.T, dan beliau akui bahawa alasannya tidak akan diterima di hadapan-Nya. Beliau bertindak jujur dengan mengakui bahawa beliau tidak ikut serta ke medan peperangan tanpa mengemukakan apa-apa alasan yang mana kalau beliau kemukakan juga alasan itu, maka alasannya itu dianggap munasabah di hadapan Rasulullah S.A.W. 

Lantas Allah S.W.T mengarahkan Rasulullah S.A.W memulaukan Kaab Bin Malik sebagai denda terhadapnya di dunia. Apabila di dunia sudah dikenakan denda, maka sudah tentu di akhirat kelak beliau terlepas daripada denda yang teramat berkali-kali ganda beratnya berbanding di dunia. Subhanallah. Selepas beliau menempuhi dendaan itu dengan tabah, maka Allah menurunkan ayat Al-Qur'an sebagai tanda keampunan-Nya terhadap Kaab Bin Malik itu. Akhirnya, beliau tergolong dalam kalangan sahabat Rasulullah S.A.W yang sangat mulia.



Hayatilah pula golongan munafik yang tidak ikut serta dalam peperangan Tabuk. Mereka mengemukakan pelbagai alasan di antaranya, cuaca panas, ladang sedang masak ranum, di rumah tiada penjaga, anak isteri tidak ada tempat berlindung, dan bermacam-macam lagi alasan yang dianggap tidak munasabah. Maka Rasulullah S.A.W sekadar diam sahaja tanpa menghukum mereka. Oleh itu, golongan munafik akan ditimpa azab yang teramat pedih di akhirat kelak. Di dunia lagi, sudah diberi gelaran munafik kerana mereka suka memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Adakah mereka berjaya mendapatkan syurga Allah?

Tidak. Bahkan Allah S.W.T ada menegaskan di dalam surah At-Taubah, ayat 42 seperti berikut:


لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

Maksudnya: "Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta." [Surah At-Taubah ayat 42].

Hayatilah ayat terjemahan yang dihitam-tebalkan seperti di atas, "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". Menunjukkan bahawa itulah salah satu alasan bagi orang-orang munafik yang jenis pengelat dan mahu selamatkan diri daripada terlibat sama di dalam peperangan bersama-sama Rasulullah S.A.W jikalau kita fahamkan terjemahan ayat Al-Qur'an itu betul-betul. Renung-renungkanlah. 



Kemudian, Allah S.W.T mencampakkan golongan munafik itu ke tahap yang paling hina. Iaitu lebih hina daripada orang kafir di dalam neraka sepertimana ayat Al-Qur'an seperti berikut ada nyatakan:


إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمْ نَصِيراً

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka." [Surah An-Nisa ayat 145].

Renungan bersama: Sekiranya kita tidak mahu tergolong dalam golongan orang yang munafik, janganlah kita sesekali mengemukakan apa-apa alasan yang kita rasa tidak sesuai bagi diri kita. Jika hati kita ada terdetik, "bukan itu alasan saya yang sebenarnya", maka berhentilah daripada mereka-reka apa-apa alasan sebelum lidah kita yang berani bertutur sanggup menuturkan, "inilah alasan saya yang sebenarnya". Jadi, mahu ikut kata hati ataupun kata lidah? Janganlah jadi orang yang jenis pengelat, sesungguhnya syurga bukanlah layak untuk orang yang mengelat dengan mengemukakan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Wallahu'alam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger