Searching...

Pembinaan Keimanan Pada Zaman Rasulullah S.A.W yang Masih Ramai Lagi Tak Tahu (Bhgn II)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bersambung pada entri sebelumnya mengenai keimanan pada zaman Rasulullah S.A.W... Atas tarbiah keimanan terhadap pengikut baginda S.A.W, apabila ayat-ayat hukum seperti solat, puasa, zakat, jihad, larangan maksiat yang menjadi tradisi mereka dan sebagainya diturunkan, maka mereka terus taat tanpa banyak soal. Malah, mereka turut berusaha memenuhi semuanya dengan kesungguhan yang tidak terhingga. Perkara sebegini adalah sangat susah buat diri kita, tapi tidak mustahil kita mampu lakukan. Mengapa boleh terjadi seperti demikian?

Kerana jiwa mereka yang selama ini kosong sudah diisi dengan keimanan. Mereka sudah muak dengan melakukan perkara yang sama berbentuk kemaksiatan, tetapi jiwa mereka sentiasa kosong. Jadi, tiada gunanya mereka hidup dengan memuaskan nafsu sekejap tanpa rasa bahagia, tetapi kekosongan jiwa masih belum lagi terisi. Dengan adanya tarbiah, jiwa mereka diisi dengan keimanan, dan dari situ datangnya kebahagiaan yang hakiki kerana jiwa mereka telah diisi dengan perkara-perkara yang boleh mententeramkan hati dan melapangkan fikiran mereka.


Dalam fasa Madinah, kita akan melihat banyak lagi tarbiah keimanan yang terus berjalan dan semakin meningkat. Pada akhir fasa ini juga wujudnya penapisan. Ujian keimanan ketika itu adalah kewafatan Rasulullah S.A.W. Kita dapat melihat perkara ini adalah merupakan takdir Allah S.W.T untuk meninggalkan mereka yang benar-benar beriman sahaja bagi membawa ajaran Islam berterusan menerobos zaman selepas itu. Ramai di antara pengikut Rasulullah S.A.W yang telah murtad sepeninggalan baginda S.A.W dari dunia yang fana ini. Maka, bagi mereka yang masih lagi tetap keimanannya akan berfikir sejenak bahawa Allah yang menghidupkan Rasulullah S.A.W. Maka Allah jualah yang berkuasa mematikan baginda S.A.W. Tanpa Rasulullah S.A.W di atas muka bumi ini, Allah sentiasa ada di mana-mana jua mereka berada dan Allah jualah tempat mereka mengadu dan juga untuk mendapatkan petunjuk.

Justeru, kita berjaya melihat peribadi-peribadi yang dihasilkan dalam kilang keimanan inilah, dan akhirnya menjadi tiang-tiang cerucuk pembangunan kerajaan Islam yang sangat utuh. Merekalah yang kemudiannya menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. Merekalah yang kemudiannya mewariskan Islam ini untuk dibawa merentasi zaman. Allah S.W.T menyatakan dalam Surah Al-An'am, ayat 122 seperti berikut:

أَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي 

الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا ۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ 

Maksudnya: "Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah pertunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat)." [Surah Al-An'am ayat 122].


Walaupun kualiti generasi seterusnya tidak sehebat mereka, tetapi kesan daripada keimanan yang mereka paparkan itu, Islam dalam suatu tamadun tetap mampu bergerak dan bertahan dengan gemilangnya selama 1400 tahun lebih. Agama mana, dan kerajaan mana yang dapat bertahan lebih lama daripada Islam? Barat? Tumbang dengan zaman kegelapan.

Generasi keimanan inilah yang kemudiannya berterusan menjadi penggerak dan contoh kepada tamadun-tamadun lain. Daripada peribadi mereka, maka muncullah jiwa-jiwa yang bergerak mencontohi mereka, kemudiannya menjadi punca kegemilangan ummah seperti Umar Bin Abdul Aziz, Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh, Sultan Abdul Hamid, Hassan Al-Banna, dan sebagainya.

Jadi, bermula dengan apakah bagi kehebatan tersebut? Jawapannya, keimanan... Wallahua'lam...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger