Searching...

Ramai Tidak Tahu Istilah Keimanan Diumpamakan Cerucuk Dalam Sesebuah Bangunan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Keimanan adalah asas kepada kebersihan dan kesucian perbuatan kita. Tidak kira perbuatan itu adalah merupakan rutin harian yang biasa kita selalu lakukan. Jika kita sertakan dengan keimanan kita, maka ganjaran besar Allah kurniakan kepada kita melalui catatan amalan kebaikan daripada malaikat yang duduk di sebelah kanan diri kita itu. Justeru, kita memerlukan kesungguhan, kecekalan, ketabahan, kegigihan kita dalam mengerjakan suatu amalan dalam mengharungi kehidupan untuk mendapatkan keredhaan dari Allah S.W.T.

Merujuk kembali perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W, generasi yang hebat pada zaman baginda itu telah terbina. Ia dimulakan dengan pembinaan iman yang begitu kukuh.

Ramai manusia tidak mengendahkan perihal tentang keimanan. Sebab utama kita mengabaikan perkara tersebut adalah keimanan itu tidak dapat kita lihat dengan pandangan mata kita. Kita boleh melihat pandangan kita ke arah hawa nafsu sebagai contoh, makanan dan harta kekayaan dan juga wanita cantik. Tetapi, keimanan kita tidak akan dapat kita lihat walaupun kita mahu mengerjakan sesuatu amalan itu dengan niat penuh ikhlas kerana Allah S.W.T. Namun, keikhlasan seseorang hamba itu tidak boleh diukur dengan rasa kesempurnaan yang ada pada dirinya. Contohnya, kita mampu mengerjakan solat dan merasakan solat yang kita kerjakan itu adalah sempurna. Tetapi, kita tidak tahu adakah solat kita itu diterima oleh Allah atau sebaliknya. Kita rasa perbuatan kita itu ikhlas pada pandangan kita, tapi tidak pula pada pandangan Allah. 

Oleh itu, pandangan kita terhadap keimanan adalah diumpamakan seperti cerucuk yang dibenam ke dalam tanah di bawah bangunan sedalam-dalamnya bagi mengukuhkan struktur sesuatu bangunan agar bangunan tersebut tidak runtuh. Namun, tiada siapa yang dapat melihat rupa bentuk cerucuk setelah bangunan itu siap dibina.

Kerja-kerja membenam cerucuk terlebih dahulu dilakukan sebelum sesebuah bangunan itu dibina

Kita boleh bertanya kepada mana-mana pakar yang membuat bangunan. Cuba kita bertanyakan soalan kepada salah seorang yang berkelulusan kejuruteraan awam yang berbunyi, "Apakah perkara yang paling penting bagi menjamin kekukuhan struktur bagi sesebuah bangunan?" Maka, beliau akan menjawab, "Cerucuk".

Cerucuk adalah teras bagi sesebuah bangunan yang terletaknya di bawah bangunan yang menjadi permulaan kepada sesebuah pembinaan. Biasanya, bahagian ini akan memakan masa paling panjang. Semakin tinggi sesebuah bangunan yang hendak kita bina, semakin panjang cerucuk yang perlu kita buat dan semakin dalam cerucuk itu dibenamkan.

Namun begitu, apabila bangunan itu sudah siap dibina, maka tiada siapa pun yang akan nampak cerucuk pada bangunan tersebut. Orang akan memuji pada bentuk tingkap, dinding yang diperbuat daripada marmar, lantai bermozek, corak pada pintu, keluasan, keselesaan, hiasan dalaman bangunan dan perabot-perabot yang ada dalam bangunan tersebut. Sedangkan, tidak ada satu pun daripada perkara-perkara yang dipuji orang ramai itu membantu dalam mengukuhkan struktur bangunan tersebut.

Keimanan bukan untuk disanjung oleh orang ramai. Ia terletak jauh di lubuk hati sanubari kita dan dipelihara oleh Allah agar diri kita sentiasa ikhlas dalam melakukan suruhan dan larangan-Nya hanya kerana Allah S.W.T semata-mata tanpa disedari oleh orang lain yang memerhatikan kita. Dengan ini, amalan kita akan terjamin sekiranya kita menyembunyikan keikhlasan kita tanpa mengharapkan pujian daripada orang lain. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger