Searching...

Kehidupan Sebagai Remaja yang Mahu/Sedang/Telah Berkahwin yang Perlu Kita Tahu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kehidupan tidak akan berasa belas kasihan terhadap kita, walaupun kita telah berusaha menyantuni dan membuat etika terhadap kehidupan. Kehidupan adalah makhluk kasar yang membesar. Saban hari semakin menekan manusia. Dari dahulu tidak mengeluarkan apa-apa wang dan kos untuk sara hidup sekadar bergantung hidup kepada alam. Kini, duit adalah segala-galanya. Ibarat pepatah Inggeris, "No money no talk". Ditambahnya pula kenaikan harga minyak, harga barang dan kerajaan memperkenalkan cukai GST yang mungkin membebankan manusia sebagai rakyat marhaen. Namun begitu, masih ada lagi segelintir manusia pada zaman moden yang serba-serbi canggih ini berkata, "Duit bukan segala-galanya". Mereka silap meletakkan konteks ayat itu dalam praktikal hidup.

Ya, majlis perkahwinan tidak perlulah dibuat secara berlebih-lebihan. Tidak perlu kita menghabiskan berpuluh-puluh ribu ringgit hanya untuk menjayakan majlis yang cuma sekadar sehari sahaja. Begitulah caranya kita menyantuni kehidupan dengan sekadar kita meletakkan hukum-hukum syarak di hadapan. Maka, nanti ada yang mengeluarkan dalil-dalil daripada Al-Qur'an dan hadis yang mengatakan membazir itu amalan syaitan. Ya, ya, dan ya, memang betul pun. Namun yang sebenarnya, kehidupan tidak akan menyantuni kita. Majlis yang murah dan sederhana itu, walaupun boleh menyelamatkan wang kita, ia akan menjadikan para remaja yang tidak mempunyai apa-apa aset untuk sara hidup tanggung kehidupan selepas kahwin, mampu berkahwin. Tetapi, kehidupan remaja tersebut tetap akan memerah wang dan keringat ibu, bapa atau penjaga bagi remaja tersebut.

Bil elektrik, bil air, bil internet, bil astro, minyak kereta/motor, kos servis kereta/motor, sewa rumah, perabot rumah, wang kelengkapan dapur, tambang pengangkutan awam, dan apabila ada anak, segala perkakasan anak berserta kelengkapannya. Cukai ini, cukai itu mesti kena selesaikan. Harga pula saban waktu naik dan terus meningkat. Hidup menjadi tekanan dan terus menekan. Itu belum lagi dikira nanti jikalau berlaku masalah dalam rumah tangga muncul, makin bertambahlah lagi tekanan.


Bagaimana remaja tersebut menghadapi kehidupannya? Adakah cukup sekadar berkahwin dengan kos murah dan kemudian berasa aman? Kehidupan yang sedemikian bukanlah boleh dilalui oleh mereka yang tidak mempunyai persediaan, tidak mempunyai disiplin, dan tidak mempunyai kematangan. Bahkan orang yang dewasa pun masih lagi memburu pekerjaan yang tetap dan stabil bagi menanggung kos perbelanjaan selepas kahwin. Jadi, khas untuk para remaja, mengapa membiarkan cinta masuk dan berputik di alam persekolahan, dikala diri masih lagi belum bersedia untuk mengharunginya? Pesanan dari seorang murabi yang tidak dikenali, jauhi zina hati. Wallahua'lam. 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger