Searching...

Kita Mulakan Keimanan Untuk Hari ini Jika Kita Mahukan Apa-apa Sahaja...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kita mahukan seorang pemimpin yang baik, maka kita perlukan pemimpin yang mempunyai keimanan kerana dengan adanya keimanan bagi seseorang itu dapat melahirkan ciri-ciri yang mulia seperti amanah, jujur dan bertanggungjawab. Seseorang yang bertanggungjawab bukan disebabkan latarbelakang yang dilahirkan sebegitu, tetapi dia telah melahirkan keimanan yang cukup untuk membuatkan dirinya merasakan tanggungjawab itu perlu untuk menjadikan dirinya seorang pemimpin. Tanggungjawab itu sentiasa ada dalam jiwanya sebagai seorang pemimpin jika dia merasakan kuasa yang lebih besar daripadanya sentiasa memerhatikan dalam setiap gerak-geri dan langkah-langkahnya dalam menjalankan tanggungjawab terhadap golongan yang berada di bawahnya. Senang cerita, dia sentiasa ingat akan Allah S.W.T yang sentiasa mengawasi 24 jam berturut-turut terhadap dirinya itu.


Selain itu, jika kita mehukan ekonomi berjalan dengan baik, maka kita perlukan mereka-mereka yang beriman. Hal ini kerana dengan adanya keimanan, maka dapat melahirkan individu-individu yang amanah dalam menjalankan perniagaan yang mematuhi suruhan dan larangan Allah S.W.T seperti tidak mengamalkan riba' dan rasuah serta mengeluarkan dirinya daripada menjalani perniagaan yang berunsurkan penipuan seperti amalan judi bagi mengaut keuntungan semata-mata.


Justeru, kita hendakkan sesebuah komuniti masyarakat yang bahagia, maka kita perlukan individu-individu yang beriman. Kenapa saya berkata begitu? Hal ini kerana, daripada keimanan juga kita mampu bersangka baik, berlapang dada, hormat-menghormati, memahami erti persaudaraan yang sama akidah, membuang hasad dengki dan juga membuang sifat amarah. Dengan keimanan juga dapat menjalinkan ukhuwah sesama jiran setempat seperti contoh dapat menghadiri solat berjemaah lima waktu bersama-sama di masjid. Dengan menghadiri solat berjemaah tersebut, maka dapat menyertai 'tabligh' untuk menyampaikan dakwah Islam di seluruh komuniti masyarakat setempat agar mereka dapat memahami erti Islam dengan lebih mendalam serta dapat memupuk kesedaran beragama agar label Islam kita terpelihara dengan bukan untuk menganut secara ikut-ikutan.


Seterusnya, kita hendakkan anak-anak yang soleh, maka kita perlu mendidik anak-anak kita dengan keimanan. Cuma apabila anak-anak kita memahami dan mengenal Allah S.W.T sebagai Rabb (Tuhan) yang melihat segala tingkah-laku dan perbuatan mereka, mengira semua amalan yang mereka kerjakan dengan bimbingan orang tua mereka, maka barulah mereka mempunyai rasa sensitif untuk menjaga akhlak dan peribadi mereka.


Kita mahukan ketabahan, kegigihan, kesungguhan dan kecekalan dengan berusaha secara bermati-matian untuk mendapatkannya. Tetapi dengan keimanan, kita mampu mendapatkan semua itu. Hal ini kerana, kita mampu mendapatkan semua itu dengan berhubung terus kepada Allah S.W.T dan meyakini bahawa Allah S.W.T yang Maha Kuasa atas segala usaha yang kita lakukan selama ini. Allah jualah yang menepati janji-Nya, tidak menzalimi hamba-hamba-Nya dan memberi keadilan pada tempat yang telah ditentukan-Nya. Bukan masa itu kita boleh dapat, tetapi masa lain yang Allah telah tetapkan untuk kita dapat apa yang kita mahukan selama ini. Tujuan Allah menetapkan masa lain untuk kita dapatkannya, adalah disebabkan Sunnatullah. Allah rindu melihat hamba-hamba-Nya yang tidak jemu-jemu sentiasa berhubung terus kepada-Nya tidak kira waktu. Maka, Allah akan bagi bonus pada masa-masa sesuai yang telah dirancang oleh-Nya yang tidak diketahui dan tidak juga diramal oleh hamba-hamba-Nya itu. Kejutan terhadap apa yang kita mahukan itu datang secara tiba-tiba tanpa kita rancang mahupun kita sedari. Dari situlah maka wujudnya satu kekuatan yang menolak kita untuk berusaha secara bermati-matian untuk duniawi. Wallahua'lam.

Mari kita dengarkan sebuah lagu bertemakan keimanan seseorang pemimpin yang dinyanyikan oleh band Gigi yang bertajuk, "Pemimpin dari Syurga":

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger