Searching...

Silapnya Kita yang Menganggap Persoalan Keimanan Merupakan Suatu Omongan Kosong

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sudah tentu ada ura-ura yang mengatakan bahawa persoalan mengenai keimanan dan aplikasinya dalam kehidupan insan adalah tidak lebih daripada suatu omongan kosong. Bagi mereka yang telah melabelkan persoalan keimanan itu sedemikian telah menganggap keimanan itu adalah suatu bebanan buat diri mereka. Sebenarnya jika hendak dibandingkan dengan seseorang yang telah bekerja keras tanpa keimanan dalam dirinya, jika Allah hendak menguji seseorang itu dengan rezeki penat lelah pada masa itu dirompak atau secara tiba-tibanya menghilang, maka telah menyebabkan diri seseorang itu dilanda kemurungan dengan perasaan kekecewaannya yang tiada tolok bandingannya. 

Jika pada masa itu, seseorang itu mempunyai keimanan, maka dia akan menganggap rezeki pemberian Allah itu bukan untuknya. Dia redha akan kehilangan rezeki itu dalam sekelip mata dan mengingatkan dirinya agar sentiasa mengingati Allah pada setiap masa dalam apa jua keadaan sekalipun. Baginya itu adalah suatu petanda bahawa pada masa itu dia terlupa untuk mengingati Allah yang memberi rezeki kepadanya, lalu dia pun beristighfar dan bertasbih memuji kebesaran Allah S.W.T.


Selain itu, proses keimanan sudah dibuktikan kejayaannya dari zaman ke zaman. Semenjak dari zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in dan sehingga kini masih berkembang ajaran Islam yang berlandaskan keimanan. Jika tiada keimanan dalam suatu pemerintahan, maka tamadun Islam akan lenyap dari muka bumi ini. Kita boleh melihat rakyat pada zaman Umar Al-Khattab (zaman para sahabat), dan kerajaan Umar Abdul Aziz (zaman tabi'in). Kemudian boleh menghayati perjuangan tentera Salahuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh meluaskan empayar Islam pada zaman tabi' tabi'in. Seterusnya kita boleh melihat anak murid didikan Hassan Al-Banna yang boleh menyebabkan ajaran Islam berkembang sampai ke bumi hari Malaysia ini.

Jadi, apa yang membuatkan mereka kuat? Bukan kerana harta duniawi yang wujud di sisi mereka, tetapi keimanan mereka yang membuatkan harta duniawi itu digunakan di atas landasan keimanan kepada Allah S.W.T. Mereka juga menundukkan apa yang berada dalam diri mereka. Lantas Allah menundukkan segala apa yang ada di atas muka bumi ini untuk mereka. Dengan keimanan yang kukuh itu jua, harta duniawi akan tunduk dan berkhidmat sebagai rezeki buat diri mereka. Sebagaimana kekukuhan suatu struktur binaan bangunan itu ditentukan oleh cerucuknya, begitulah kehidupan seseorang manusia yang beragama Islam ditentukan dengan kekemasan imannya. Islam bukan ditentukan pada labelnya mahupun ikut-ikutan jika mahu berjaya dalam kehidupan. Yang penting tanya diri sendiri, adakah diri kita ini mengamalkan ajaran Islam berlandaskan keimanan ataupun cuma sekadar ikut-ikutan? Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger