Searching...

Walaupun Pelajar Ini Mempercayai Kata-kata Gurunya Dahulu, Namun Dia Dihantui Oleh Kepercayaannya Itu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Seorang pelajar yang bernama Zaki berserta kawan-kawannya sering memperolehi keputusan yang cemerlang dalam setiap pelajaran ketika di zaman persekolahan mereka dahulu. Mereka percaya bahawa masa depan mereka cerah seperti yang dikatakan oleh guru-guru mereka iaitu, sekiranya mereka dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan cemerlang, maka masa depan mereka akan sentiasa cerah. 

Sehingga kini, Zaki dan kawan-kawannya sudah tamat pengajian di Universiti. Selepas memperoleh Ijazah Sarjana muda, Zaki mendapat tawaran bekerja dalam bidang kejuruteraan di Syarikat Swasta. Dia gembira dengan pekerjaan itu. Namun, Zaki tertanya-tanya, bagaimana keadaan kawan-kawannya yang lain? Lalu, Zaki mencari semula dan bertemu dengan kawan-kawan semenjak zaman sekolahnya dahulu. Apabila bertemu, Zaki gembira, ada kawan-kawannya berjaya seperti dirinya. Namun, Zaki juga terkejut, kerana ada ramai kawan-kawannya yang cemerlang dalam peperiksaan, tetapi tidak berjaya mencapai cita-cita mereka.

Kawan-kawannya itu menganggur berbulan-bulan lama. Walaupun mereka mendapat tawaran kerja, tetapi kerja-kerja itu tidak memerlukan kelayakan akademik yang tinggi setaraf dengan bidang yang diambilnya dahulu. Zaki kehairanan, mengapa perkara begini boleh berlaku? Bukankah dahulu guru-gurunya pernah berkata sedemikian sekiranya mahu masa depan cerah. Namun, perkara sebaliknya pula berlaku. Zaki terus dihantui dengan pertanyaannya itu.

Tidak lama selepas itu, Zaki memperoleh jawapannya. Sebenarnya, kawan-kawannya yang cemerlang dalam peperiksaan itu, kebanyakannya mereka hanya cemerlang dalam peperiksaan, tetapi mereka tidak mencapai cita-cita berdasarkan apa yang mereka belajar dahulu. Ya, mereka memang pakar. Cuma pada kertas soalan peperiksaan semata-mata. Namun, apabila ditanya semula berkaitan ilmu-ilmu yang mereka pelajari dahulu, mereka tidak ingat apa-apa, kecuali ilmu-ilmu asas sahaja. Semua ilmu yang dipelajari dahulu, mereka sudah lupa. Mereka tidak mampu mempraktikkan ilmu yang mereka pelajari dahulu yang pernah mereka kuasai ke dalam kehidupan seharian.

Ketika di sekolah mahupun di universiti, mereka tidak melatih apa-apa kemahiran dalam diri mereka. Mereka tidak pernah mencuba untuk mengasah otak mereka dengan mengembangkan ilmu-ilmu yang mereka pelajari itu. Apa yang mereka tahu hanya membaca, memahami, dan menghafal buku teks. Kemudian mereka menjawab soalan peperiksaan dan seterusnya membiarkan ilmu yang mereka pelajari itu dipadamkan oleh memori sementara mereka sendiri. Akibatnya, mereka hanya menjadi pakar dalam menjawab peperiksaan di atas kertas, bukannya menjadi manusia yang menguasai ilmu-ilmu dan kemahiran.

Kini, Zaki tidak lagi percaya pada kata-kata gurunya itu lagi. Pada pandangan Zaki, cemerlang dalam peperiksaan hanya cemerlang pada atas kertas, tidak semestinya cemerlang pada dari segi kemahiran dan ilmu-ilmu yang telah dipelajari oleh seseorang itu secara praktik. Semakin tinggi markah yang dicapai dalam ujian, bukan bererti semakin tinggi kecemerlangan yang dikecapinya itu.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger