Searching...

Anda Mungkin Tak Percaya Kalau IQ Kita Dikatakan Serpihan Kecil Daripada Potensi Diri Kita Yang Sebenar-benarnya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Cerita sebelumnya yang telah disiarkan di [sini] merupakan gambaran kehidupan masyarakat pada masa kini yang dikatakan mentaliti manusia yang menghadami perkataan demi perkataan secara bulat-bulat tanpa merujuk kepada pengalaman diri seseorang itu yang sebenar-benarnya. Justeru, saya ingin memberitahu maksud sebenar cerita siaran sebelumnya itu untuk menjernihkan mentaliti kemanusiaan kita yang seringkali menerima omong-omongan orang dipersekitaran kita seratus-peratus tanpa merujuk kepada pengalaman seseorang atau sumber-sumber orang yang telah mengalaminya terlebih dahulu. 

Begini, melalui cerita tersebut, rutin persekolahan yang dialami oleh Zaki turut dilalui oleh setiap kanak-kanak dan remaja di seluruh Malaysia, bahkan hampir di seluruh dunia. Rutin itu berulang-ulangan dari hari ke hari, dari bulan ke bulan, dan dari tahun ke tahun. Ia terus berulang dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Masyarakat terus percaya bahawa keputusan peperiksaan adalah penentu masa depan bagi seseorang pelajar. Sekiranya seorang pelajar tidak cemerlang di sekolah, maka mereka percaya masa depan pelajar itu turut gelap.

Fahaman sebegini berkembang luas di seluruh dunia terutama selepas wujud sistem perkiraan IQ. Sesiapa yang memperoleh markah IQ yang tinggi, maka dialah manusia yang cerdik. Sekiranya kita memiliki markah IQ yang rendah, tetapi hebat dalam bermain alat muzik, bersastera, melukis, bersukan dan sebagainya maka dia tetap dianggap bodoh oleh masyarakat. Ini adalah keyakinan manusia-manusia biasa seperti diri kita yang mana berpendapat bahawa kejayaan terletak pada nombor. Ini merupakan kepercayaan yang menyempitkan pembangunan potensi peribadi seseorang manusia yang sebenar-benar yakni untuk menuju kejayaan. Semua orang layak menuju kejayaan bahkan dalam azan pun terdapat ayat yang dilaungkan oleh mu'azzin itu sendiri yang berbunyi, 'marilah menuju kejayaan'. Sedangkan potensi manusia yang sebenar-benarnya bukan setakat IQ semata-mata. Tiada gunanya markah IQ yang tinggi sekiranya kita tidak mampu menyumbangkan apa-apa yang bermanfaat terhadap masyarakat, negara, dan agama Allah S.W.T.


Allah S.W.T mengurniakan manusia dengan pelbagai keistimewaan dan kekuatan. Kekuatan IQ merupakan cebisannya. Cebisan kecil pun. Semua keistimewaan dan kekuatan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T tidak mungkin dapat terhitung oleh manusia. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui terhadap apa yang terbaik potensi buat diri kita. Sekiranya kita sudah tahu potensi diri kita, maka selalulah kita mengucapkan syukur ke hadarat Allah S.W.T dan sentiasa berusaha memperbaiki diri dan menambahkan iman kita. Sekiranya kita masih belum lagi menemui potensi diri, maka jangan berputus asa mencari dan terus mencari selagi boleh hingga menemukannya. Sesungguhnya, Allah S.W.T menduga kita dengan bermacam-macam ujian agar kita berupaya menjadi diri kita sendiri yang sebenar-benarnya sedar seterusnya memperbaiki diri kita ini agar menjadi manusia sejati yang sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. Dan akhirnya Allah menemukan potensi diri kita tersebut tanpa kita duga ianya bakal terjadi! Malah potensi diri tersebut muncul secara tidak sengaja. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger