Searching...

Hakikat Nikmat Sebenar Yang Ramai Orang Tak Tahu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Nikmat yang kita boleh rasai di dunia ini dengan pancaindera kita yang kita sedia maklum mengandungi dua jenis. Pertama, nikmat yang kekal, tidak luluh dan tidak berubah. Itulah nikmat-nikmat akhirat. Kedua, nikmat yang luluh dan berubah. Itulah pula nikmat-nikmat dunia. Nikmat secara asas bererti kesenangan dan boleh juga disamaertikan dengan kelapangan hidup. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Fajr ayat 15:

فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ

Maksudnya: (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan diberi kesenangan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

[Surah Al-Fajr ayat 15]

Makna kata, Allah S.W.T yang Maha Pemurah telah melapangkan mata pencarian bagi setiap manusia, berdasarkan firman Allah S.W.T ini:

 أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً

Maksudnya: Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin?

[Surah Luqman ayat 20]

Setiap permintaan yang dikabulkan disebut nikmat. Manusia mempunyai beberapa kebahagiaan yang dibenarkan, perkara itu adalah nikmat-nikmat yang disebutkan dalam firman-Nya:


وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا

Maksudnya: Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.
[Surah Ibrahim ayat 34]

Nikmat-nikmat dunia dapat membuah kebahagiaan dan kenikmatan apabila manusia menggunakannya untuk sesuatu yang Allah S.W.T cintai dan dengan cara yang Allah cintai pula. Allah S.W.T memilih nikmat-nikmat tersebut dan mengarahkannya ke arah yang menjadi tujuan penciptaannya. Di antara manusia ada yang memperoleh nikmat dengan cara yang Allah peruntukkan kepada mereka. Kemudian mereka pun mengambil manfaatnya di dunia dan akan menjadi bekal bagi mereka untuk kehidupan akhirat. Contohnya, mereka memperolah harta dengan cara-cara yang dibenarkan dan membelanjakannya di batas-batas yang dibenarkan pula. Di antara manusia ada juga yang memperoleh nikmat-nikmat Allah melalui jalan yang bertentangan dengan peraturan Islam. Maka nikmat-nikmat itu menjadi bencana serta kesengsaraan di dunia dan akhirat. Na'uzubillah...

Semua kata 'nikmat' dalam Al-Qur'an disandarkan kepada Allah S.W.T, kecuali dalam satu hal. Ini merupakan sandaran yang hakiki kerana Allah S.W.T adalah satu-satunya Zat yang memberi nikmat dan anugerah yang tiada sekutu bagi-Nya. Seseorang manusia tidak dapat terlepas daripada mendapat nikmat, anugerah dan kebaikan yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya walaupun cuma sekejap sahaja! Namun, sedikit daripada kita yang benar-benar sedar dan merasakan kesyukuran terhadap pemberian-Nya. Justeru, mari kita renungkan seberapa jauhkah jalan hidup kita hari ini yang menyimpang dari jalan hidup golongan ahli-ahli Syurga. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger