Searching...

Pembahagian Nikmat Yang Kita Rasai Sekarang Dan Perlu Kita Ambil Tahu...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Segala sesuatu yang menyenangkan adalah nikmat yang nyata. Jika menyusahkan, maka itu juga suatu kenikmatan. Dari satu sisi dapat dinyatakan bahawa kesusahan dapat menghapuskan dosa-dosa dan membuahkan pahala jika dihadapi dengan sabar. Dan dari sisi lain pula, ada hikmah serta rahmat yang terkandung di dalamnya yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah S.W.T.

Patut kita ketahui bahawa kedua-dua bentuk nikmat sama ada yang menyenangkan mahupun yang menyusahkan sama-sama memerlukan syukur dan sabar untuk menghadapinya. Namun, kerana kesenangan terasa nikmat dan kesusahan pula terasa menyakitkan, maka kata syukur lebih sesuai dengan perkara-perkara yang menyenangkan dan kata sabar pula amat sesuai dengan perkara-perkara yang menyusahkan. Di sini dapat diterangkan mengenai pembahagian nikmat-nikmat yang sedang kita rasai dan perlulah kita ketahui agar kita sama-sama dapat bermuhasabah diri kita yang serba-serbi kekurangan ini. Ada dua jenis nikmat yang perlu kita ambil tahu dan dua lagi jenis nikmat sandaran:


1. Nikmat Yang Mutlak

Nikmat yang berkaitan dengan kebahagiaan abadi, iaitu nikmat Islam (Iman) dan mengikuti Sunnah. Itulah nikmat yang Allah S.W.T perintahkan kepada kita hari-hari yang kita tidak sedari semasa dalam solat agar Dia menunjukkan kepada kita pada jalan orang-orang yang diberi nikmat. Iaitu surah Al-Fatihah ayat yang terakhir.


2. Nikmat Yang Terbatas

Nikmat yang dapat dirasakan secara umum bagi orang mukmin dan kafir, meskipun ianya keji. Nikmat tersebut boleh didapati berupa nikmat sihat, kaya, pangkat, banyak anak, isteri yang cantik dan sebagainya. Akan tetapi, nikmat tersebut dikatakan terbatas disebabkan ianya telah mencapai takat kebiasaan bagi golongan yang terlebih mampu untuk mendapatkan nikmat tersebut. Setelah merasa puas merasai nikmat tersebut, maka rasa nikmat itu sudah tidak kekal lagi dalam jiwa pemilik tersebut dan golongan itu akan mendapatkan balik rasa nikmat yang terbatas itu lagi dengan cara memperbaharui nikmat yang sedemikian itu. Maksudnya, buang yang lama dan cari yang baru. 


Bagi orang yang sentiasa bersyukur dengan segala pemberian nikmat dari Allah S.W.T, tidak akan mengalami nikmat yang terbatas ini.


3. Nikmat Sebagai Ujian Hidup (Sandaran)


Terkadang nikmat adalah sebuah ujian dari Allah S.W.T kepada manusia. Ujian tersebut boleh berupa fitnah dan cubaan untuk membezakan antara orang yang bersyukur dan ingkar. Perkara ini bertujuan agar orang mukmin sentiasa berwaspada untuk tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai. Ujian tersebut boleh didapati dalam rupa kesihatan, kekayaan, masa lapang, usia dan jangka hayat.


4. Nikmat Sebagai Natijah Amal Soleh (Sandaran)

Sesungguhnya nikmat-nikmat yang Allah S.W.T kurniakan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman adalah balasan atas amal perbuatan mereka yang baik. Kenikmatan yang dirasainya itu bukan balasan yang utuh, tetapi hanya sebahagian dari nikmat-Nya yang disegerakan untuk mereka di dunia. Apabila mereka taat kepada-Nya, maka Dia akan menambahkan nikmat ini dengan nikmat-nikmat yang lain. Kemudian kelak di akhirat, Dia akan menyempurnakan pahala amal perbuatan mereka secara utuh dan tidak dikurangi malah sedikit pun. Bahkan, Allah S.W.T akan menambahkan anugerah kepada mereka. Firman Allah S.W.T:

مَنْ عَمِلَ صَالِحاً مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

Maksudnya: "Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan."

[Surah An-Nahl ayat 97]

Wallahua'lam...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger