Searching...

Adakah Orang Yang Berjaya Itu Cukup Sekadar Mempunyai Dosa Yang Ringan Tanpa Melakukan Maksiat?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ilmu itu diibaratkan seperti cahaya kerana bagi orang yang memiliki hati yang gelap, maka susah ilmu itu hendak memasukinya. Mereka-mereka yang sentiasa melakukan perkara-perkara maksiat seperti main judi, minum arak, atau sebagainya yang merupakan dosa-dosa besar, tetapi mereka berjaya dalam kehidupannya. Sedangkan seseorang yang tidak melakukan perkara-perkara maksiat sedemikian, terkial-kial berusaha untuk berjaya. Mengapa boleh terjadinya perkara sedemikian? Justeru, seseorang yang cukup sekadar mempunyai dosa yang ringan tanpa melakukan maksiat, adakah layaknya orang itu mendapat kejayaan?

Kita tahu bahawa sesiapa yang berbuat baik dan taat kepada perintah Allah S.W.T maka dipermudahkan baginya segala urusan kehidupannya di dunia. Namun begitu, kita melihat kawan-kawan kita tidak solat, namun perniagaannya tetap maju. Sedangkan kita hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Hidup kita bukan sekadar dugaan, malah ujian yang menimpa ke atas diri kita ini sering kali datang bertalu-talu (selepas ujian ini datang dan selesai, ujian lain pula yang datang). Ibarat kita main permainan yang ada peringkat 'level' yakni ada mudah, ada sederhana, ada susah dan lebih susah lagi yang akan kita hadapi setelah peringkat-peringkat sebelumnya kita selesai melaluinya.

Semua orang tahu bahawa Islam itu suatu agama yang benar. Bahkan orang bukan Islam pun tahu, cuma mereka belum berkeyakinan untuk memeluk agama Islam disebabkan faktor-faktor yang mereka rasakannya sebagai bebanan dalam kehidupan mereka yakni menuntut segala ilmu-ilmu agama. Itulah yang dikatakan sebagai kebergantungan mereka pada tujuan (nawaitu) sebenar bagi mereka untuk memeluk agama Islam. Jika mereka membawa haluan dan kehidupan baru untuk mendalami ilmu agama Islam, maka Allah S.W.T akan mempermudahkan segala urusannya melalui tujuan (nawaitu) seseorang itu. Jika tidak, maka mereka akan berada pada takuk lama. Ataupun sekadar menganuti agama Islam secara ikut-ikutan bagi mereka yang ingin memeluk agama Islam atas dasar melalui hubungan perkahwinan. Tujuan (nawaitu) adalah jalan hidup bagi seseorang itu atau dapat disimpulkan sebagai haluan baru (halatuju) setelah ia meninggalkan haluannya (cara hidup) yang lama.

Berbalik pada tajuk asal, kita sering melihat golongan bukan Islam itu lebih berjaya daripada umat Islam. Malah ada yang lebih teruk lagi, umat Islam itu tertindas dalam kehidupan sempitnya. Seringkali orang bertanya akan perihal sedemikian, mengapa boleh terjadinya perkara sebegitu? Sekarang ini, mana yang benar? Adakah apa yang kita faham selama ini tidak benar? Cuma bertanya kepada diri sendiri? Adakah kita tahu apa itu istidraj?

Istidaraj merujuk kepada seseorang yang dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya secara berterusan. Walaupun dia adalah pelaku kemaksiatan dan bukan hamba Allah yang taat, mengapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Istidraj berlaku apabila kejayaan, kekayaan dan rezeki yang melimpah-ruah berlaku terhadap diri seseorang dengan pemberian dari Allah S.W.T menjadikan diri seseorang itu semakin jauh daripada Allah S.W.T. Senang cerita seseorang yang mendapat istidraj, akan merasakan bahawa rezeki yang dimilikinya itu 100% daripada hasil usaha dan titik peluh dirinya itu sendiri tanpa dia berusaha ke arah memperhambakan dirinya kepada Allah S.W.T. Dia mengaku Allah beri rezeki terhadap dia, tapi tiada usaha untuk mengubah kepada rasa cinta dan kasih terhadap Allah S.W.T. Contohnya, dapat rezeki banyak mana sekalipun, tapi melanggar perintah Allah seperti membuka aurat dikhalayak ramai, atau meninggalkan solat lima waktu juga dikira istidraj. Itu yang paling 'simple'. Belum lagi yang secara 'detail' melibatkan persoalan agama!


Biasanya, manusia yang mendapat istidraj adalah mereka yang tidak berusaha mengenali Islam dan mengenali Allah S.W.T dalam kehidupannya. Berusaha untuk mencari rezeki boleh pula, tetapi berusaha untuk mengenali dan mendekati Allah S.W.T yang paling-paling 'simple' pun tidak mahu. Tidak ke pelik namanya itu? Kalaulah betul dia berusaha mengenali Allah, sudah tentu apa yang Allah suruh, semestinya dia ikut. Betul tak? Allah S.W.T menyuruh perempuan menutupi auratnya ada dalam Al-Qur'an, boleh rujuk dalam website, 10 dalil menutup aurat yang tidak boleh dipertikaikan. Tetapi ada yang tidak mengikutinya dengan bermacam-macam alasan, yang menjadi 'trend' pada masa kini untuk suatu alasannya adalah tidak sampai seru! Mungkin tunggu sampai seruan kepada ajal kematiannya, barulah pada masa itu terhegeh-hegeh baru nak tutup aurat. Masya-Allah. 

Kesimpulannya, tanyalah diri anda sendiri sekiranya kehidupan anda semakin lama semakin bertambah maju dengan rezeki dari hasil perniagaan sama ada secara halal atau sebaliknya. Maka, anda kena berjaga-jaga jika anda tidak didatangkan sebarang ujian dari Allah S.W.T dan pada masa itu, anda kena bermuhasabah diri anda sendiri, adakah benarnya Allah S.W.T semakin jauh dari diri ini? Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger