Searching...

Kita Disuruh Berfikir Sejenak Pasal Apa, Agar Kita Tidak Gusar Sekiranya Kita Tidak Berjaya?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mari kita semua berfikir sejenak agar kita tidak gusar sekiranya kita tidak berjaya dalam kehidupan kita di dunia ini. Pertama sekali, kita perlu perhatikan hubungan keimanan kita dengan Allah S.W.T. Apabila kita tidak melazimkan perbuatan dosa-dosa, iaitu tidak melakukan maksiat dan juga tidak meninggalkan suruhan Allah, dan kemudian kita tidak berjaya dalam peperiksaan ataupun perniagaan sekalipun. Apakah yang akan timbul dalam jiwa kita? Sudah pasti kita mampu dapat menepis segala cabaran dan dugaan. Apakah yang terjadi kepada kita ketika itu? Kita berjaya di pandangan Allah dalam menghadapi ujian-Nya walaupun tidak berjaya dalam urusan duniawi. Tidak seperti orang yang berjaya dalam urusan duniawi, tetapi semakin jauh dia dari Allah S.W.T. Yang semakin jauh daripada Allah itulah istidraj. Na'uzubillahiminzalik.

Saya yakin, pasti ada lebih kurang 90% orang diluar sana yang teruk imannya pasti terdetik seperti ini, "Orang itu solatnya cukup, segala amalannya cukup, dan maksiat tak pernah dia buat. Siapa kata solat dia itu, boleh membawa dia kepada kejayaan?" Nampak tak? Persoalan akidah jangan dibuat main, kelak boleh menyesatkan diri sendiri! Sekarang, siapa yang sesat? Kalau seseorang itu sesat, menandakan dia tidak mendapat kejayaan, betul tak? Manakala orang yang segala amalannya cukup itu, tidak mendapat kejayaan di dunia tidak mengapa, kerana itu merupakan suatu ujian buat dirinya. Tetapi dia sudah mendapat kejayaan di akhirat kelak. Subhanallah. Betapa adilnya Allah S.W.T.


Sebenarnya Allah suka menguji para hamba-Nya yang beriman. Semasa kecil, saya suka membaca kisah-kisah teladan yang boleh dijadikan pengajaran buat diri ini. Adalah suatu kisah berkenaan dengan dua orang nelayan. Seorang merupakan penyembah berhala dan seorang lagi pula merupakan hamba yang taat kepada Allah S.W.T. Ketika menebar jala itu, sahabat yang menyembah berhala mendapat ikan yang sangat banyak, tetapi berlainan pula dengan seorang lagi yang mana hampir sahaja tidak ada hasil tangkapan ikan untuknya hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah S.W.T. "Ya Allah, apakah sudah terjadi? Hamba-Mu yang menyekutukan-Mu itu Engkau berikan dia rezeki yang sangat banyak. Sedangkan hamba-Mu yang menyebut nama-Mu itu Engkau tidak memberikan dia apa-apa?"

Allah S.W.T menjawab: "Yang menyekutukan Aku, tempatnya pasti di neraka. Apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur (habis) itu sekiranya Aku berikan kepadanya? Tetapi, Aku mahu menguji kebenaran iman hamba-Ku yang beriman itu. Aku mahu berikannya syurga yang penuh dengan kenikmatan yang tak akan habis."

Sekiranya kita tidak berjaya dalam peperiksaan, walaupun sudah belajar dengan bersungguh-sungguh ataupun gagal dalam perniagaan walaupun strategi sudah disusun dengan begitu kemas. Percayalah, kerana itu adalah sebahagian daripada ujian Allah S.W.T. Allah menguji para hamba-Nya hanya kepada mereka yang dikasihi-Nya. Jangan kita berasa sedih dan kecewa apabila diuji. Bukankah Allah ada menjelaskan dalam Al-Qur'an tidak silap saya, surah Al-Ankabut ayat 2:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Maksudnya: Adakah manusia beranggapan bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka itu tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Sehubungan itu, kita hendaklah bersangka baik terhadap Allah S.W.T hanya pada-Nya, Dialah yang menentukan segala bentuk ujian yang layak bagi setiap hamba-Nya untuk diuji sejauh manakah hubungan keimanan bagi setiap hamba-Nya itu dengan-Nya. Setiap hamba Allah diuji dengan berlainan bentuk ujian yang mana tidak boleh digambarkan oleh setiap manusia tatkala mereka sedang menghadapi ujian itu. Ujian ada bermacam-macam jenis. Ada kesenangan, ada kesusahan, ada kegembiraan, ada kesedihan, ada keberanian, ada ketakutan, ada kegusaran, dan bermacam-macam lagi sehinggalah apabila telah sampai pada mereka ajal (kematian) yang mana barulah mereka menyedarinya bahawa ujian yang dihadapinya itu berjaya atau tidak? Sama ada tergolong dalam orang-orang yang untung atau rugi? Boleh rujuk entri yang sebelumnya ada kena-mengena dengan entri ini berkenaan dengan maksud kata-kata Saiyidina Ali. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger