Searching...

Fenomena Turunnya Salji Di Negara Arab Inilah yang Menyebabkan Ramai Pengguna Internet Tertanya-tanya...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Turunnya salji di negara Arab yang menjadikan fenomena yang begitu ramai pengguna internet tertanya-tanya. Tanah Arab yang sememangnya terkenal dengan cuaca yang panas sepanjang tahun, tiba-tiba boleh berubah menjadi cuaca sejuk dengan turunnya salji ke atas permukaan bumi tanah arab. Turunnya salji di tanah arab mungkin juga boleh diandaikan sebagai petanda dunia sudah jauh dimakan usia!

Mengapa? Ia juga boleh dikatakan bahawa tanda-tanda kiamat sudah semakin hampir sepertimana yang diwar-warkan akan berlaku pada akhir zaman nanti iaitu salah satu daripada tanda-tandanya ialah tanah di negara Arab akan menjadi subur dengan pelbagai jenis tanam-tanaman. Salji menutup segala jenis tanah gersang yang berlaku di negara Arab yang mana tanah yang kering-kontang akan menjadikan kelembapan yang tinggi (tanah yang basah) dengan suhu yang begitu rendah sekali. 


Menerusi akaun Instagram "AbuFaizBudi" dalam statusnya ada menunjukkan sekeping gambar keadaan tanah Arab pada ketika itu dalam keadaan bersalji dengan kenyataan seperti berikut: "Salji turun di Semenanjung Arab, di Masjidil Haram. Imam Sheikh Al-Sudais berkata, salji yang merupakan komponen utama dalam pembentukan sungai dan menyuburkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Salji di Semenanjung Arab telah membuktikan kebenaran hadis Rasulullah S.A.W seperti berikut: 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga tanah Arab kelihatan hijau lagi dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan dan sungai-sungai'." 

Ianya seolah-olah jelas menunjukkan daripada hadis di atas bahawa negeri-negeri Arab akan dilimpahi dengan air yang begitu banyak berupa sungai, dan juga ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan sehingga termasuk dalam kategori padang rumput, kebun-kebun yang menghijau dan mempunyai hutan-hutan simpan.


Menerusi akaun Instagram milik "Onedayonejuz" dalam status gambarnya juga ada menunjukkan sekeping gambar keadaan tanah Arab pada ketika itu dalam keadaan bersalji dengan kenyataan seperti berikut: "Salji jatuh di tengah-tengah lebuh raya di antara Mekah dan Madinah." 

Kejadian di tanah Arab boleh dikaitkan dengan petanda baru kiamat hampir berlaku.


Dunia sudah berada hampir kepada penghujungnya. Marilah kita menyediakan bekalan dengan sebanyak yang mungkin. Salji merupakan sumber komponen utama sebagai agen kelembapan yang boleh menyuburkan tanah dengan mendorong pertumbuhan tanam-tanaman, berserta boleh membentuk sungai-sungai di seluruh dunia apabila ais pada salji itu mencair.

Pada masa ini, berdasarkan kajian saintifik, di semenanjung Arab merupakan tanah tandus tidak terkecuali di tabuk, Palestin dan juga di padang pasir Sahara yang juga telah dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau dan diselaputi salji."

Berdasarkan hadis berikut, Rasulullah ada bersabda yang berbunyi, "Hari kiamat tidak akan datang kepada kita sampai dataran Arab sekali lagi menjadi dataran berpadang rumput dan dipenuhi dengan sungai-sungai." (Hadis Riwayat Muslim).

Berdasarkan kepada penyelidikan Professor Alfred Kroner, seorang ahli geologi yang terkemuka dunia, dari Jabatan Sains Alam, Institut Geosains, Johannes Gutenburg Universiti, Mainz, Jerman - beliau berkata, "Era Baru Salji (New Snow Age) kini telah bermula. Sekarang salji di Kutub Utara telah merangkak atau beralih perlahan-lahan ke arah Semenanjung Arab, pada masa yang sama di mana perubahan iklim dataran Arab berubah dan menjadi salah satu dataran yang paling subur dan menghijau di muka bumi. Ini adalah fakta saintifik yang tidak boleh dinafikan."

Syaikh Syuraim seorang Imam Masjidil Haram berkata, "Salji merupakan komponen utama dalam pembentukan sungai-sungai dan tanam-tanaman. Turunnya salji di Semenanjung Arab dapat dibuktikan kebenaran melalui sabda Nabi S.A.W dalam sebuah hadis berikut: 


لَا تَقُومُ السَّاعَةُ...حَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا

Maksudnya: 'Hari Kiamat baru akan datang setelah negara Arab kembali menjadi padang yang hijau (dengan tumbuh-tumbuhan) dan sungai-sungai.' (Hadis Riwayat Muslim)

Beliau (Syaikh Syuraim) juga ada menyebut bahawa salji baru-baru ini telah turun dalam daerah Tabuk. Hal itu mengingatkan sabda Rasulullah S.A.W kepada Muadz semasa perang Tabuk. Sekiranya umur anda panjang, maka anda akan melihat tempat ini (tanah Arab) dipenuhi seperti taman-taman yang menghijau." 

P/S: Sesungguhnya, kita digesa mengingati Allah S.W.T sentiasa agar kita tidak leka dengan arus duniawi yg fana ini. Kiamat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja kalau kita tidak beringat dari sekarang akan petanda-petanda yang Allah telah tunjuk betapa tuanya usia dunia ini yang Allah hendak kita semua saling ingat-mengingati dan memperbanyakkan amalan supaya kita lebih dekat dengan-Nya dan tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi (orang yang suka membazirkan masa-masa tertentu seperti ingat lima perkara sebelum datang lima perkara). Hargailah masa-masa yang singkat pada masa sekarang ini kerana dengan adanya fasa dunia akhir zaman ini, kita berpeluang menggandakan segala amalan yang Allah janjikan untuk orang yang hidup di akhir zaman ini. Berbeza dengan orang-orang terdahulu, mereka tidak diberikan ganjaran berganda seperti ini. Jadi hargailah masa-masa singkat yang Allah berikan kepada kita semua (umat Nabi Muhammad S.A.W) ini. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger