Searching...

Ramai Orang Selalu Salah Anggap Jika Mereka Gagal Dalam Satu Perkara, Bermakna Gagal Dalam Kehidupannya...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sekiranya kita gagal dalam satu perkara, maka perkara itu sahaja yang kita gagal. Perkara lain belum tentu lagi kita "confirm" gagal. Jadi, kita tidak perlulah kecewa dalam kehidupan kita hanya kerana satu perkara yang kita pernah gagal dahulu. Bahkan perkara lain yang masih dalam proses pelaksanaan yang sedang kita lakukan ternyata masih belum mendapat kata putus untuk kegagalan seterusnya. Kalau pun ada kecenderungan terhadap kegagalan itu, jangan sesekali kita masuk campur dan adukkan sekali ramuan kegagalan dahulu ke dalam satu perkara baru selanjutnya yang kita telah bubuh resepi rahsia yang mana sering kali kita lupa bahawa kita telah bubuh resepi tersebut sejak awal-awal lagi dalam pelaksanaan satu perkara selanjutnya itu. 

Teruskan berusaha selagi nyawa kita masih ada. Belum ternyata kita mendapat kata putus sama ada gagal ataupun tidak! Bukan kita yang boleh menentukan kata putus itu, tetapi hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh memberi kata putus dalam sesuatu perkara tersebut. Allah pasti memberikan sesuatu yang bermakna kepada kita. Bersangka baiklah kepada Pencipta kita. Kerana Dialah yang membuatkan kita masih boleh bernafas sehingga ke hari ini untuk meneruskan kehidupan harian kita dengan memperbaiki segala kelemahan diri di dunia. 


Bersyukurlah kita ke hadarat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberikan nikmat yang paling besar di atas muka bumi ini bagi setiap orang yang memilikinya bahkan sering kali kita lupa iaitu nikmat Islam. Ya, betul.. Nikmat sebagai seorang yang beragama Islam. Maka tanggungjawab kita adalah menurut perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala larangan-Nya dengan memperbaiki segala amalan kita selagi kita masih hidup di dunia ini. Kerana amalan kita nanti akan dijadikan bekalan untuk diri kita ketika menempuh ke alam yang seterusnya. Untuk melihat dengan lebih jitu tentang nikmat yang paling besar di atas muka bumi ini, anda dipersilakan menonton video di bawah:

video
Tanda Allah sayang kita, Dia beri kita nikmat Islam...

Benarkan? Sebenarnya, apabila hidup kita digegarkan dengan pelbagai masalah, kita perlu berasa bersyukur kerana kita masih lagi dikurniakan dengan nikmat yang paling besar tersebut setakat ini. Alhamdulillah, Allah S.W.T masih lagi memelihara iman kita hingga ke hari ini. Itu tandanya Allah masih dekat bersama kita. Ujian adalah tanda kasih sayang Allah dan perhatian-Nya terhadap kita. Itu juga tandanya Dia tidak membiarkan kita bersendirian terkapai-kapai dalam arus duniawi yang lagha. Maka bersegeralah kita memperbaiki amalan kita dan memperbaharui iman kita agar kita sentiasa mendapat perhatian dan keredhaan dari Allah S.W.T.

Mustahilkan kalau kita mahukan kesenangan yang bersifat sementara di dunia ini, manakala di akhirat yang kekal abadi kita pula yang merana. Kita semua tahu yang masa itu milik Allah kerana Allah-lah yang menentukan panjang mana waktu yang kita lalui ketika di dunia ini. Adakalanya kita berasa sekejap saja masa berlalu jika kita tidak mengingati-Nya dan melakukan perkara yang melalaikan. Sesekali kita tidak dapat bayangkan lama mana akhirat yang akan kita lalui nanti dengan menghadapi berbilion-bilion umat manusia yang menunggu giliran untuk diadili ketika berada di padang mahsyar kelak. 


Kita juga tidak mahukan istidraj sepertimana yang telah diterangkan dalam entri sebelumnya dan buktinya ada dalam kisah zaman Nabi terdahulu. Oleh itu, kita wajib untuk tidak berasa tenang sekiranya kita telah melakukan dosa-dosa besar baru-baru ini, kemudian kita berjaya dalam hidup. Segeralah bermuhasabah diri, dan meminta ampun kepada Allah S.W.T atas kesilapan yang boleh membuatkan kita berjauhan dari Allah S.W.T. Agar kita tidak tergolong dalam golongan orang yang mendapat istidrajIni juga bertujuan agar kita sentiasa memeriksa dan meniliti bagaimanakah hubungan kita dengan Allah S.W.T. Adakah jauh atau dekat? Wallahua'lam. 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger