Searching...

Ramai Wanita Tidak Tahu Bagaimana Hendak Menepis Perasaan Syok Sendiri Dalam Diri Mereka. Inilah Caranya...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kebanyakan orang khususnya golongan wanita pada kebiasaannya menaruh perasaan syok sendiri terhadap kaum yang berlainan jantina dari segi penampilan atau pertuturan bagi seseorang lelaki itu yang membuatkan dia (kaum Hawa) mudah cair dan melekat/menempel secara terus menerus. Tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menepis perasaan syok sendiri tersebut. Kebiasaannya wanita empunya tahap kesetiaan terhadap seseorang yang berlainan jantina juga adalah sangat-sangat tinggi kerana jiwa mereka yang sangat halus (fitrah manusia). 

Apabila seseorang wanita itu tertarik kepada seseorang lelaki, maka begitu sukar bagi seseorang wanita itu hendak menolak perasaan yang dialaminya itu. Malah, kalau wanita itu hendak melupakan perasaannya dengan betul-betul, boleh memakan masa selama berbulan-bulan lama, sekira angaunya itu boleh ditangani dengan cara mengingati Allah S.W.T sebanyak 80% hingga 100% (dekatkan diri kepada Allah). Sesungguhnya di dalam dunia ini, tiada yang kekal melainkan Allah. Tidak akan dicintai oleh seseorang itu dengan seseorang yang lain, melainkan cinta bagi seseorang itu hanyalah untuk Yang Maha Pencipta. Maka dengan itu, seseorang itu akan sentiasa berada di bawah naungan Allah S.W.T. Maka Allah akan menggantikan cinta seseorang itu dengan yang lebih baik lagi sebagai balasan terhadap kesabaran yang dialaminya oleh seseorang itu jua. Peringatan ini khususnya buat kaum Hawa. Insya-Allah, sama-sama kita ambil iktibar...


Khas Untuk Kaum Hawa Di Luar Sana...


Jika ada saudara yang yang bersikap baik kepada anda, menterjemahkannya sebagai satu perkara yang saintifik. 'Be professional...' Kerana ia adalah naluri lelaki untuk berbuat baik kepada wanita.

Jika buku anda jatuh dan dia (kaum Adam) tolong ambilkan buku anda dan beri kepada anda, maka ia adalah perkara normal. Tidak perlulah anda syok sendiri kerana tiada apa yang istimewa. Tidak sama jalan hidup kita seperti dalam drama melayu kerana dalam drama melayu hanyalah lakonan untuk menarik perhatian penonton agar penonton menjadi syok sendiri.

Jika anda bertemu seorang jejaka di jalan dan dia mengucapkan salam dan bertanya khabar, bukan bermakna dia berminat terhadap anda, kerana dia pada ketika itu sedang mengikuti sunnah yakni memberi salam dan menyapa saudara-saudara seislam di tengah jalan. Jika dalam kalangan rakan-rakan anda bersamamu pada ketika itu, cuma anda seorang sahaja yang disapa, maka janganlah anda syok sendiri, kerana mungkin sahaja kebetulan dia cuma ingat nama anda pada ketika itu. Lelaki kebiasaannya akan malu berdepan dengan ramai kaum Hawa. Jadi, satu-satunya cara dia tidak mahu kelihatan sombong hanyalah dengan menyapa orang yang dia rasa boleh kenal apabila sekali imbas dia pandang dan juga tahu namanya.

Apabila suatu masa dia (kaum Adam) membalas atau menyapa anda melalui 'chat' dengan menggunakan 'emoticon', ia tidak bermakna dia mempunyai apa-apa perasaan terhadap anda, boleh saja ia hanyalah sebagai penghangat suasana persahabatan. Itu sahaja, maka tidak usahlah berasa syok sendiri.

Pada asasnya, rasa sunyi itu pasti ada kerana diciptakan sendiri, diterbitkan pula perasaan sendiri kerana keliru dalam menanggapi sikap berlawanan jantina. Itu adalah secara ketidak-sengajaan sebagai tindak balas terhadap sikap kaum Adam. Sudah menjadi sifat semulajadi bagi kaum Hawa yang mudah terbawa-bawa perasaannya, oleh itu:

Khas Untuk Kaum Adam Di Luar Sana...


Jika ada seorang wanita yang pada ketika itu sedang bersedih, maka jangan anda pergi mendekati dia secara bersendiri semata-mata untuk menghiburkan hatinya takut-takut syaitan menggoda naluri kewanitaan itu akan mendorongnya untuk tertarik kepada anda. Cuma biarkanlah rakan karib sejantina dengan wanita itu yang datang menemaninya pada saat itu. Jangan biarkan dia (kaum Hawa) mudah syok sendiri untuk rasa simpati yang diberikan oleh seorang lelaki kalau bukan niat untuk dikahwininya nanti.

Selain itu, tidak perlulah anda menawarkan bantuan untuknya apabila anda sendiri melihat yang dia boleh melakukannya secara sendiri-sendiri atau dengan rakannya (sejantina dengannya) pada ketika itu. Jangan biarkan dia (kaum Hawa) mudah syok sendiri dengan rasa dihargai dan tertarik terhadap anda.

Jangan bergurau senda dengan melibatkan soal hati dan perasaan. Bergurau dengan melibatkan hati dan perasaan seperti contoh, "Saya dari dulu memang tak ada orang nakkan saya. Bila laa agaknya ada bunga sekuntum yang betul-betul berkembang mekar? Bollehlah seekor kumbang yang tersesat jalan ini datang menyinggah seorang diri..." Bergurau melibatkan perasaan kalau bukan dengan niat untuk mengahwini seseorang yang berlainan jantina tidak melucukan. Jangan biarkan kaum Hawa mudah syok sendiri yang anda masih 'single' dan ada peluang baginya hendak menggoda anda sekiranya bukan niat anda untuk melamar dia.

Pastikan anda sentiasa menjaga pertuturan terhadap kaum Hawa untuk tidak merebak segala macam jenis daya tarikan melalui kata-kata anda. Menjaga maruah wanita dengan tidak terlalu manis dari segi 'ayat' bagi kata-kata anda terhadap mereka. bersikaplah dengan sewajarnya. Banyak perkara yang boleh mengundang diri seseorang wanita itu untuk mudah syok sendiri terhadap anda secara tidak sengaja. Betapa pandai kita menguruskan perasaan kita. Wallahua'lam...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger