Searching...

Permintaan Ini Dapat Membuka Minda Anda Untuk Menyelidik Mengenai Kesan Dan Mudarat Akibat Perbuatan Dosa Lalu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Alhamdulillah... Kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah S.W.T dengan dipanjangkan umur kita, maka dengan itu kita harus bersyukur terhadap-Nya. Kerana Allah masih lagi memberi kita nyawa sehingga ke hari ini kerana terbukti cinta-Nya terhadap hamba-hamba-Nya agar dapat berubah dengan memperjuangkan agama Allah Yang Maha Suci ini pada masa akan datang nanti. Andai Allah membenci kita, sudah tentu Dia mengurniakan kita istidraj tanpa kita sedari sehingga kita jatuh teruk dan tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Na'uzubillahiminzalik.. Minta dijauhkan daripada perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan dan kebencian Allah terhadap diri kita nanti. Sama-sama kita beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

Kali ini saya hendak meminta anda para pembaca semua agar dapat membuka minda anda untuk menyelidik mengenai kesan sampingan akibat perbuatan dosa oleh orang-orang biasa seperti kita. Seperti mana yang kita tahu, kesan sampingan yang akan terjadi terhadap kita akibat perbuatan dosa itu kebiasaannya akan terkena pada jasad kita seperti demam, sakit perut, cedera, dan sebagainya. Itu sememangnya dikenali sebagai kifarah yang bermaksud sebagai penebus bagi perbuatan dosa di masa lalu. Dengan ini, dosa-dosa yang telah kita lakukan dulu dapat digugurkan, manakala bonus berupa pahala Allah tambahkan untuk kita sebagai tanda kita sabar dalam menghadapi ujian kifarah tersebut.


Terdapat banyak ayat dalam Al-Qur'an yang membahaskan tentang perbuatan-perbuatan yang membawa kepada dosa. Semestinya perbuatan-perbuatan sebeginilah disertakan dengan amaran keras agar manusia sentiasa berjaga-jaga daripada mengulangi perbuatan yang sama pada masa akan datang. Persoalannya, mengapa diberikan amaran keras sekiranya di belakangnya kita menyangka bahawa tidak ada sebarang mudarat akibat perbuatan dosa? Lihatlah apa yang Allah jelaskan dalam surah Asy-Syura, ayat 30 ini:

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ

Maksudnya: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Ini bermakna setiap dosa yang kita lakukan itu pasti ada mudaratnya. Mudarat di sini bermaksud sesuatu kesusahan seperti bencana alam, penyakit, kesukaran untuk hidup, perkara yang membuatkan seseorang itu tertekan dan sebagainya. Mudaratnya adalah disebabkan oleh pilihan kita sendiri yang melakukan sesuatu dosa tanpa menyangka bahawa kesan mudarat yang bakal kita alami nanti dalam situasi kita lupa mengingati Allah pada ketika itu iaitu dalam suasana kesenangan

Namun begitu, ada pula yang mendapat mudarat selepas daripada melakukan dosa, dalam masa yang singkat iaitu jarak masa antara perbuatan dosa yang dia lakukan pada waktu sekian-sekian dengan mudarat yang dia dapat pada ketika itu. Tetapi tidaklah berat untuk sesuatu mudarat yang dia dapat seperti itu. Tidak hairanlah kalau sebilangan besar pernah mengalaminya akan situasi yang singkat seperti itu sebagai tanda bahawa Allah mahukan mereka untuk sentiasa ingat akan-Nya dalam setiap masa terutama dalam solat kerana mereka (manusia) ini jenis yang selalu lalai dari mengingati-Nya sebagai contoh apabila mereka buat kerja-kerja harian, mereka lupa yang memberikan kemampuan untuk membolehkan mereka buat kerja-kerja seperti itu, tidak lain dan tidak bukan hanyalah Allah. Tetapi, fikiran mereka kosong tentang kehadiran Allah pada ketika itu walaupun dalam solat sekalipun, dan hanya fokus kepada keuntungan semata-mata dalam urusan duniawi tanpa memikirkan nikmat kemampuan mereka untuk buat kerja tersebut yang datangnya dari siapa? Apabila mereka terkena mudarat, barulah mereka pada masa itu mencari Allah S.W.T di atas tikar sejadah.


Wallahu'alam... Setakat ini dahulu secara ringkas untuk difahami sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi untuk topik ini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger