Searching...

Ramai yang Tidak Tahu Bahawa Amalan yang Ringan Ini Lebih Besar Pahalanya Daripada Sedekah dan Puasa...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ramaikah di antara kita yang tahu tentang amalan yang ringan ini lebih besar pahalanya. Betulkah? Hendak ditekankan lagi, ianya mempunyai nilai pahala yang sangat besar, melebihi pahala puasa dan sedekah? Terdapat satu sahaja amalan yang mempunyai ganjaran yang lebih besar daripada ganjaran puasa dan sedekah. Ingin tahu apakah amalan itu?

Seorang di antara sahabat Nabi S.A.W yang mulia iaitu, Abu Darda r.a, meminta pandangan daripada para sahabatnya yang lain, "Adakah saya akan memberitahu anda semua tentang satu amalan yang lebih utama dan bernilai di sisi Allah S.W.T daripada memberi sedekah dan puasa?"


Amalan yang Ringan Ini Lebih Besar Pahalanya...


Boleh dikatakan semua sahabat Nabi S.A.W sangat berminat untuk mengetahui tentang amalan terbaik di sisi Allah S.W.T yang boleh didapati secara berlipat kali ganda ganjaran yang akan diperolehi oleh mereka nanti. Bagaimana pula dengan kita yang hidup di akhir zaman ini? Adakah kita dalam golongan sahabat Nabi S.A.W yang betul-betul mengutamakan amalan akhirat berbanding pekerjaan di dunia? Adakah sebilangan daripada kita yang cuma sekadar ingin tahu tetapi tidak buat dan cuba sampaikan pada yang memerlukan, atau jenis yang betul-betul ingin buat amalan tersebut jika sudah tahu? Kita hampir-hampir tidak mampu untuk menjadi seperti sahabat Nabi S.A.W tetapi, kita boleh cuba buat yang terbaik untuk mengikuti jejak langkahnya...

Tidakkah memberi sedekah adalah suatu amalan yang mulia dan juga merupakan sifat terpuji yang disyorkan oleh Nabi S.A.W? Bukankah balasan untuk amalan bersedakah boleh didapati dengan ganjaran sebanyak 700 kali ganda? Bukankah jika kita bersedekah dengan ikhlas yang sebenar-benarnya, meskipun hanya separuh daripada buah kurma, boleh menjadi penghalang bagi seseorang hamba Allah itu ke neraka? Bukankah juga amalan bersedekah dijamin oleh Rasulullah S.A.W sebagai amalan yang boleh mencegah si pemberi sedekah itu daripada mendapat bahaya atau bencana? Sedekah juga terbukti sebagai satu cara untuk mengubati penyakit yang dialami oleh seseorang hamba sama ada penyakit hati, hasad dengki dan sebagainya...

Belum lagi dikira fadhilat berpuasa pula, baik amalan wajib mahupun amalan sunat. Puasa dikategorikan sebagai separuh daripada kesabaran. Ia boleh memberi syafaat kepada si pelaku di hari kiamat nanti. Ianya juga boleh menjadi penghalang dosa, maksiat, dan seksaan neraka. Puasa juga dijamin sebagai salah satu cara utama bagi mereka yang memerlukan kesihatan fizikal dan rohani.

Jadi, apakah jenis amalan yang disebut sebagai amalan yang paling penting daripada amalan berpuasa dan bersedekah?

Kata Abu Darda, "Iaitu..." Sambungnya pula, "Mendamaikan mereka yang tengah berselisih faham (bergaduh). Sebabnya adalah kebencian merupakan penghalang bagi seseorang itu untuk mendapatkan pahala."


Kata-kata sahabat yang mulia ini yakni Abu Darda r.a telah mengumpulkan sebuah hadis dan kemudian Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam sebuah kitab Adab al-Mufrad. 

Dalam riwayat yang lain oleh Imam at-Tirmidzi yakni sejenis hadis hasan yang disahihkan oleh Imam Abu Isya, Rasulullah S.A.W bersabda, "Mahukah aku memberitahu kepada anda semua satu amalan yang lebih utama daripada darjat orang yang berpuasa, bersolat, dan bersedekah?"

"Sudah tentu, wahai Rasulullah," jawab para sahabat.

Sabda Rasulullah S.A.W, "(Ialah) mendamaikan seseorang yang bersengketa (bergaduh). Kerana sesungguhnya, kerosakan daripada persengketaan akan terhalang bagi seseorang daripada mendapat pahala."

Untuk menerangkan lagi maksud hadis yang mulia ini, Dr Muhammad Ali Hasyimi menjelaskan ulasannya seperti berikut, "(Kerana) kebencian dapat menghapuskan segala amal perbuatan bagi seseorang itu, dijauhkan segala pahala baginya dan mampu melenyapkan segala kebaikan yang dibuatnya."

Oleh itu, ini adalah salah satu sifat mulia yang digalakkan dalam Islam yang patut kita amalkan sesuai dengan kemampuan kita.

P/S: Amalan yang ringan sebeginilah ramai orang yang masih tidak mampu hendak lakukan sebab ia merupakan permainan psikologi. Sekiranya kita sedang mententeramkan kedua-dua belah pihak yang sedang bergaduh, memang kita akan menjadi mangsa keadaan. Silap-silap kita pula terlibat sama dalam pergaduhan itu. Kalau kita mahu buat yang terbaik dalam meleraikan pergaduhan tersebut, maka kita kena bersifat neutral dengan tidak menyebelahi mana-mana belah pihak agar kedua-dua belah pihak yang bergaduh itu cuma bersetuju dengan pihak yang neutral itu sahaja untuk mereka berhenti daripada bergaduh sesama mereka. Oleh itu, kita perlu ada fikiran yang jernih (positif) untuk menghapuskan kebencian bagi kedua-dua belah pihak itu. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger