Searching...

Terima Kasih Kepada Tuhan - Apa Yang Membuatkan Kita Berasa Aneh?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Terima kasih kepada Tuhan Allah S.W.T, bukan sahaja kerana Syurga-Nya yang membentang luas dan penuh dengan keindahan syurgawi. Kononnya Syurga terkecil yang dapat dibayangkan adalah seluas dua kali ganda bumi. Kita tidak akan kekurangan jejak tanah jika berada di Syurga-Nya kelak. Tidak dapat hendak terbayangkan betapa besarnya syurga Allah walaupun ianya dalam kategori terkecil di sisi-Nya. Namun begitu, terima kasih juga atas neraka-Nya yang penuh dengan para pelaku yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Terima Kasih Kepada Tuhan


Terima kasih kepada Tuhan atas Syurga-Nya, mungkin dianggap hal yang lumrah, apatah lagi perbuatan berterima kasih itu adalah kesan yang muncul sebagai membalas segala kebaikan dan pemberian yang menyenangkan hati. Namun begitu, mengapa perlu berterima kasih atas neraka-Nya yang dicipta itu? Ungkapan, "Terima kasih Tuhan atas neraka-Mu" mungkin kedengaran agak aneh dan seolah-olah sengaja diada-adakan. Apa yang membuatkan kita berasa sedemikian begitu?

Secara sederhana, kita ucapkan terima kasih atas neraka Allah yang menyambar dan menyeksa manusia dengan izin-Nya jika melanggar ketetapan-Nya. Dengan adanya neraka, kita akan takut untuk membantah segala suruhan dan hukum-Nya di atas muka bumi ini. Ia akan menyebabkan kita merasa berbelah bagi untuk melakukan kesalahan dan dosa. Dengan itu, kita akan berjalan di laluan yang betul. Oleh yang demikian, harus kita ingat tentang ancaman-ancaman Allah itu, agar kita tidak melabel Allah S.W.T dengan sifat yang bengis dan kejam. Maha Suci dan Maha Tinggi Allah daripada sifat yang mustahil dan rendah seperti itu.

Ancaman-ancaman Allah S.W.T berupa neraka berserta segala isinya yang teramat menyeramkan seperti hidangan makanan yang berduri, minuman yang berdidih bergelegak, racun ular yang sangat berbisa, besi-besi panas yang cair dan api berwarna gelap yang seringkali kita mendengar ancaman-ancaman dan peringatan tersebut melalui Al-Qur'an. Kesemuanya itu bukti kasih sayang Allah terhadap manusia agar kita tidak tersesat dalam kehidupan yang penuh dengan ujian ini... Contoh akan diterangkan dalam update seterusnya untuk entri ini...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger