Searching...

Penyakit Hati Ini Kebiasaannya Berlaku Pada Setiap Orang Sekiranya Tiada Langkah Pengubatan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Penyakit hati ini kebiasaannya berlaku pada setiap orang sekiranya tiada langkah pengubatan kerana setiap orang dikurniakan hati oleh Allah S.W.T adalah untuk berdaya saing dengan nafsu dalam setiap diri masing-masing. Ibaratnya kalau ada dua orang lelaki yang bercinta dengan seorang wanita yang sama, maka dua lelaki itu perlulah bersaing untuk merebut kemenangan cintanya terhadap seorang wanita itu. Salah seorang hendaklah menyerah kalah, maka dengan itu hanya seorang sahaja yang dapat meraih cinta terhadap seorang wanita tersebut. 

Penyakit Hati Ini Kebiasaannya Berlaku Pada Setiap Orang Sekiranya Tiada Langkah Pengubatan


Sekiranya Nafsu Dapat Menguasai Akal Fikiran Seseorang Itu Maka Rosaklah Hati


Berbalik kepada persoalan hati, sekiranya nafsu dapat menguasai akal fikiran seseorang itu maka rosaklah hati dia itu. Berlainan pula sekiranya hati dapat menguasai akal fikiran seseorang itu, maka nafsu itu dapat dibendung dengan tingkah lakunya yang waras, baik dan mencerminkan budi pekerti yang tulen bagi seseorang itu. Dengan adanya hati, iman berlawanan dengan nafsu seseorang itu sering bertambah dan berkurang mengikut nisbah, maka ianya dapat mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang itu.
Apabila seseorang memiliki hati yang sihat, elok (baik) dan tidak rosak, maka ia memiliki sifat yang terpuji. Namun begitu, jika seseorang memiliki hati yang uzur, tidak elok (busuk) dan rosak maka ia mempunyai niat yang jahat. Ini merugikan dirinya sendiri bahkan orang yang berada disekelilingnya turut sama terjebak sekiranya berjaya dipengaruhinya. Sebab itulah ada pernah kita mendengar orang bubuh istilah, "busuk hati dia tu..." yang diumpamakan seseorang itu suka menyakiti hati orang lain.

Hati Yang Hidup Berasal Daripada Orang Yang Mempunyai Hati Nurani Yang Baik


Hati yang hidup berasal daripada orang yang mempunyai hati nurani yang baik iaitu sifat suka berbuat baik terhadap orang lain, sifat suka menolong dan membantu orang yang berada dalam kesusahan, dan mempunyai niat yang ikhlas mendorongnya melakukan nilai-nilai moral yang positif. Dengan adanya sikap sebegitu, maka hati tersebut dapat mendorong seseorang itu dengan penuh keimanan dan ketaqwaan hanya berserah diri kepada Allah S.W.T jika seseorang itu merupakan penganut agama Islam yang patuh dengan memiliki kepercayaan ketuhanan yang Maha Esa, iaitu hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, dan hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan fana dan kehidupan selepas kehidupan dunia ini (akhirat).

Hati Yang Mampu Menyelami Hingga Ke Dasar Lautan Hikmah


Selain itu, terdapat hati yang mampu menyelami hingga ke dasar lautan hikmah dalam lubuk musibah dengan mempercayai bahawa setiap musibah yang Allah beri terhadap seseorang itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi (dasar lautan) yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah, dan tidak pernah terfikirkan dek akal fikiran manusia selama ini. Maka, hati tersebut merupakan hati yang kuat kerana ia mampu teguh dalam cabaran dan dugaan hidup.

Penyakit Hati Merupakan Penyakit Yang Paling Bahaya


Penyakit hati merupakan penyakit yang paling bahaya jika hendak dibandingkan dengan penyakit fizikal yang dialami oleh seseorang itu. Kenapa ia dikatakan bahaya? Sebabnya, penyakit hati tidak mempunyai ubat yang mujarab untuk menyembuhkannya melainkan jika ada Allah dalam hati seseorang itu. Penyakit hati juga boleh membawa seseorang itu kepada kemurungan yang berpanjangan iaitu rasa kosong dalam jiwanya sekira dalam hatinya tidak mempercayai adanya Allah yang boleh menyembuhkan penyakitnya sendiri. Sekaligus boleh membawa seseorang itu kepada ketidak-warasan dengan menjurus kepada penguasaan nafsu dalam dirinya sendiri. Nafsu bermaharajalela sekiranya tiada langkah pengubatan untuk merawat penyakit hati tersebut.

Penganut Islam Yang Patuh


Dalam Islam mengesyorkan agar manusia yang beragama Islam hendaklah menjadi penganut Islam yang patuh dengan mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama dengan penuh taat. Maksud dengan penuh taat di sini, adalah manusia yang beragama Islam wajib melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Apa yang mereka tidak tahu berkenaan dengan ilmu-ilmu agama, maka hendaklah mempelajarinya dengan lebih lanjut secara pencerahan agar tiada kemusykilan yang dialaminya itu yakni tiada salah faham terhadap agama yang sering kali para muslim tidak sedar. 

Khusus Buat Wanita Bagi Yang Suka Membuka Auratnya Di Khalayak Ramai


Sekiranya mahu bebas daripada penyakit hati, supaya Allah S.W.T redha terhadapnya, khusus buat wanita bagi yang suka membuka auratnya di khalayak ramai. Hendaklah mempelajari ilmu-ilmu agama secara lebih dalam dengan lebih berkesan dan perlu mempunyai rasa ingin tahu untuk mengkaji (RnD) selok-belok berkenaan aurat yang Allah perintahkan wajib terhadap mereka agar mereka dapat memahami suruhan Allah itu dengan tepat seperti contoh: 
  • Kenapa wajib menutupi aurat?
  • Apa yang membuatkan aurat wajib ditutupi?
  • Bagaimana cara menutupi aurat dengan betul?
  • Dengan siapa aurat itu wajib ditutupi?
  • Kenapa mesti aurat itu pada tubuh badan tapi bukan benda lain yang wajib ditutup?
Pertanyaan demi pertanyaan hendaklah diketahui dan dikeluarkan oleh orang empunya badan yang tidak menutupi auratnya itu, dan dilontarkan terhadap dirinya sendiri. Di situlah terdapatnya rasa ingin tahu terhadap pertanyaannya tersebut. Justeru perlulah mencari dan merujuk jawapan daripada pertanyaan-pertanyaan itu dari sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti para ustaz dan tokoh-tokoh ilmuwan (ulama'). Segera follow channel dan lontarkan soalan-soalan terhadap para ilmuwan Islam di Youtube seperti Dr Maza, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Abdullah Khairi, Dr Rozaimi dan sebagainya. Dengan mempelajari ilmu-ilmu agama dengan lebih dalam secara begini, maka bertambah fahamlah seseorang itu terhadap keperluan agama dalam kehidupannya. Maka dengan itu, tiada lagi salah faham tentang agama. Oleh yang demikian, penyakit hati yang dialami olehnya secara berpanjangan (berlarutan) itu dapat diubati dengan baik dan jayanya.

Hati Kita Akan Mati?


Kenapa saya katakan bahawa penyakit hati hendaklah segera diubati? Kerana apabila kita melewat-lewatkan pengubatan hati kita, secara tidak langsung hati kita akan mati. Sebagai contoh kalau sekiranya penyakit seseorang itu tidak diubati oleh doktor di hospital atau di klinik, maka pesakit itu semakin lama semakin parah kerana tidak tahu apa yang hendak diubat, maka akhirnya semakin lama lagi pesakit itu mengharungi penyakit dirinya sendiri, semakin tenatlah dia menghampiri kepada kematiannya tidak lama lagi. Oleh itu, sekiranya hati kita mati, maka hati kita tidak akan lagi sensitif terhadap dosa. Na'uzubillahiminzalik. 

Wallahua'lam. Setakat ini sahaja yang saya dapat terangkan dengan panjang lebar. Ada sambungannya lagi akan datang untuk anda mengetahuinya dengan lebih lanjut. Insya-Allah. Boleh follow melalui email atau tekan like di bawah untuk mendapatkan update terbaru nanti.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger