Searching...

"Terima kasih Tuhan Atas Neraka-Mu" - Neraka Diibaratkan Seperti Petunjuk Bahaya Atas Jalan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


"Terima kasih Tuhan Atas Neraka-Mu". Kalau boleh diumpamakan neraka sebagai petunjuk bahaya atas jalan ketika kita memandu kereta atau menunggang motosikal seperti kesemua petunjuk itu mengandungi ancaman dan peringatan. Sebagai contoh, "Awas, kawasan binatang liar melintas di hadapan!", "Awas, banjir di hadapan!", "Awas, kawasan tanah runtuh di hadapan", "Awas, selekoh tajam di hadapan! Sila perlahankan kenderaan anda." dan banyak lagi. Kesemua ancaman dan peringatan haruslah diambil perhatian agar perjalanan kita menjadi selamat dengan izin Allah. Begitu juga halnya dengan ancaman seksaan api neraka. Allah S.W.T sengaja menciptakan ancaman itu agar hamba-hamba-Nya sentiasa berwaspada dengan menjadi hamba-Nya yang sebenar-benar dan tidak terjerumus ke dalam lembah ancaman tersebut.


Terima kasih Tuhan Atas Neraka-Mu - Manusia Memang Aneh


Manusia memang aneh. Ada manusia yang menganggap ia suatu 'ketidakadilan' jika Allah menciptakan neraka. Bahkan ada yang menganggap bahawa neraka itu hanyalah satu perkara yang diada-adakan sehinggakan seseorang itu beranggapan bahawa neraka itu tidak layak untuk ditakuti, digeruni atau diyakini akan ancamannya itu. Sampai sejauh itukah keingkaran dan kebiadapan manusia kepada Tuhan Ar-Rahim? Ancaman neraka itu juga sebagai alat untuk menstabilkan kehidupan bersosial, berbangsa dan bernegara. Kita tidak boleh hendak bayangkan apa yang akan terjadi dalam kehidupan manusia jika tiada ancaman dan peringatan daripada Allah S.W.T terhadap manusia khasnya golongan yang beragama Islam.



Sesebuah negara juga memerlukan aturan demi memastikan keselamatan dan keamanan untuk rakyatnya. Oleh itu, pihak pemerintah mengadakan apa sahaja bentuk termasuk undang-undang, agihan untuk kebajikan rakyat dan sebagainya bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin. Undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan digubal, pasukan keselamatan seperti polis dan tentera ditubuhkan, malah penjara turut dibina dalam usaha membanteras segala aktiviti kejahatan yang boleh mengancam keselamatan negara. Agihan untuk kebajikan rakyat seperti pembinaan sekolah, hospital kerajaan, pasukan keselamatan seperti bomba, pembinaan jalan raya, bantuan rakyat dari segi kewangan dan sebagainya turut diberikan. 

Kalau pemimpin sesebuah negara pun boleh menggubal undang-undang melalui Jabatan Perundangan Negara dan membina penjara-penjara bagi menahan pesalah-pesalah demi keselesaan dan keselamatan rakyatnya, begitu juga Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Dia mengadakan neraka-Nya bukan untuk menakut-nakutkan hamba-hamba-Nya, sebaliknya demi kemaslahatan dan keselamatan manusia itu sendiri. Dia menjadikan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai panduan untuk manusia menjalani kehidupan mereka di atas muka bumi ini. Bagi mereka yang benar-benar mematuhi hukum yang telah ditetapkan, maka syurgalah ganjaran yang akan diperolehnya. Manakala bagi mereka yang ingkar akan ketetapan-Nya, maka nerakalah tempat yang paling layak untuk mereka.



Jika demikian itulah masalahnya, sudah tentu kita perlu berterima kasih kepada Allah S.W.T atas neraka yang dicipta-Nya yang berperanan bukan sedikit dalam mendidik umat manusia menjadi manusia yang beriman. Ternyata, syurga dan neraka itu adalah benar dan bukan perkara aneh yang sengaja diada-adakan. Mari kita lihat bagaimana seorang yang berbangsa jepun yang tidak petah berbahasa Inggeris, terpesona dengan jawapan Dr. Zakir Naik melalui persoalaannya, "Mengapa Tuhan menciptakan syurga dan neraka?" sehinggakan dia benar-benar yakin untuk memeluk agama Islam. Subhanallah... Mari saksikan video di bawah:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger