Searching...

Benarkah Orang Bukan Islam (Non-Muslim) Semua Sekali Masuk Neraka?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Benarkah ada dakwaan bahawa orang bukan Islam (non-muslim) semua sekali akan masuk neraka? Adakah dakwaan sebegitu tidak adil untuk orang bukan Islam? Dan mengapa pula manusia diciptakan di atas dunia ini walaupun akhirnya ada yang masuk neraka nanti? Allah menjelaskan tujuan penciptaan manusia sebagaimana kenyataan-Nya dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56 seperti berikut:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Orang Bukan Islam (Non-Muslim) Semua Sekali Masuk Neraka


Ayat di atas menjelaskan tujuan penciptaan manusia adalah untuk menyembah Allah S.W.T. Orang yang tidak menyembah Allah walaupun mereka melakukan kebaikan sebesar lautan sekalipun, amalannya tetap akan tertolak. Mengapa tertolak? Kerana walaupun mereka mengakui bahawa diri mereka dicipta oleh Allah S.W.T, tetapi mereka tetap tidak melaksanakan apa yang Allah suruh buat iaitu menyembah-Nya demi untuk kebaikan diri mereka di akhirat kelak. Orang yang tidak menyembah Allah sentiasa berada di dalam kerugian sebagaimana kenyataan Allah di dalam Al-Qur'an seperti berikut:

وَالْعَصْرِ
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Maksudnya: Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati ke arah kebenaran agar tetap berada dalam kesabaran.

Ayat di atas menerangkan syarat utama manusia tidak rugi adalah dengan menunjukkan bahawa dirinya sentiasa beriman kepada Allah S.W.T dan mengamalkan segala perintah Allah. Penyembahan terhadap Allah hendaklah mengikut kaedah yang diajarkan oleh Allah melalui utusan-utusan-Nya iaitu para Nabi mengikut peredaran masa dan selain itu, tidak mensyirikkan Allah.

Agama-agama selain Islam tidak beriman kepada Allah dan segala ciptaan-Nya. Oleh sebab itu, semua amalan kebaikan akan tertolak disebabkan kesyirikan tersebut. Allah menyatakan dalam surah surah An-Nisa' ayat ke-48 seperti berikut:

إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْماً عَظِيماً

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.


Orang Bukan Islam Semua Sekali Masuk Neraka Walaupun Tingkah Lakunya Baik.


Mari saksikan video penerangan dari Dr. Zakir Naik yang menerangkan tentang bagaimana orang bukan Islam yang baik tingkah lakunya boleh masuk neraka:

Selain itu, Allah S.W.T menerangkan bahawa syirik adalah kesesatan yang besar dan nyata sehinggakan tidak dapat diampunkan oleh-Nya melainkan manusia itu benar-benar bertaubat dengan sungguh-sungguh (taubat nasuha) dan memeluk agama Islam dengan bersyahadah. Allah menyatakan dalam Al-Qur'an sura An-Nisa' ayat 116 seperti berikut:

إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيداً

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Ayat di atas menerangkan bahawa sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu maka dia adalah dalam golongan syirik. Walaupun mereka berbuat baik sekalipun tetapi disebabkan kesyirikannya terhadap Allah, maka semua amalan yang dilakukan selama ini ditolak!

Sebagai contoh, apabila ada seorang lelaki yang berkelakuan baik, tetapi dia seorang yang pemabuk serta suka merogol anak kecil, maka dia tetap dianggap jahat di mata masyarakat. Walaupun dia telah bertaubat atas kesalahannya, namun dosa dia tetap tidak dapat dimaafkan oleh orang lain. Begitu juga dengan mensyirikkan Allah, sedangkan perbuatan syirik adalah dalam kategori dosa besar yang tidak dapat diampunkan oleh Allah S.W.T, maka semua amalannya ditolak.


Berkaitan Dengan Orang yang Mensyirikkan Allah...


Berkaitan dengan orang yang mensyirikkan Allah, andaian cerita ini seakan-akan sama berdasarkan cerita sebenar. Anda mempunyai sebuah kedai perabot. Anda melantik dua orang pekerja iaitu Aaron dan Ahmad. Kemudian anda terangkan kepada mereka tugasan yang harus dilakukan untuk memajukan perniagaan anda dan juga memberitahu mereka bahawa pada setiap petang hendaklah semua duti hasil jualan arus dimasukkan ke dalam akaun syarikat.

Aaron adalah seorang pekerja yang berdisiplin serta hadir ke pejabat lebih awal dan juga rajin bekerja. Sedangkan Ahmad pula agak pemalas dan selalu sahaja lambat hadir ke pejabat. Pada setiap petang, Ahmad akan masukkan duit hasil jualan ke dalam akaun syarikat sedangkan Aaron tidak berbuat demikian. Semua hasil jualan yang Aaron hasilkan, dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Selepas sebulan bekerja, maka anda membayar gaji pekerja, disebabkan Ahmad selalu hadir lambat ke tempat kerja dan bersikap malas, maka anda telah memotong gaji Ahmad. Manakala anda tidak akan membayar gaji Aaron yang telah menggelapkan duit syarikat bahkan anda membuat laporan polis kerana disebabkan kes penipuan dan penyelewangan terhadap syarikat anda.

Walaupun Aaron jauh lebih rajin bekerja dan selalu hadir ke tempat kerja paling awal, namun begitu mengapa anda membuat laporan polis? Jawapannya, Aaron tidak mengikut arahan anda.

Orang bukan Islam (non-muslim) melanggar perintah Allah dengan tidak mengikut arahan Allah S.W.T. Walaupun dia rajin berbuat amal kebajikan maka tetap sahaja amalannya ditolak kerana dia tidak mengikut perintah Allah S.W.T. Beriman kepada Allah S.W.T diibaratkan seperti sebelah langkah kaki kita berada dalam pintu Syurga. Gagal sebelah langkah kaki, bermakna tiada guna untuk yang sebelah kaki lain pula! Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger