Searching...

Bukan Semua Yahudi Jahat. Ini Buktinya...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bukan semua Yahudi jahat dan tergolong dalam sesiapa sahaja yang turut berasa simpati kecuali Zionis dan sekutunya terhadap rakyat Palestin yang sentiasa dibunuh oleh tentera Israel. Lagu-lagu simpati seperti Sabra dan Syatila nyanyian Zubir Ali ternyata tidak dapat mengekang nafsu jahat pihak Zionis daripada membunuh orang-orang awam terutamanya orang-orang tua, golongan wanita, kanak-kanak dan bayi.

Rumah milik rakyat Palestin dirobohkan ataupun dirampas. Negara Palestin malah dinyahkan daripada peta dunia termasuk yang terkandung dalam silibus Geografi yang dipelajari oleh semua pelajar di seluruh dunia. Dalam abad yang ke-20, terdapat dua perkara yang paling berharga hilang daripada umat Islam. Pertama, kehilangan sistem khalifah akibat kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniyah di Turki. Kedua pula, kehilangan Al-Quds daripada penguasaan khalifah Islam pada ketika itu.


Bukan Semua Yahudi Jahat


Yahudi Terkenal Dengan Sifat Jahat


Pada dasarnya, Yahudi atau nama globalnya, Jewish terkenal dengan sifat jahat. Tidak hairanlah, apabila Yahudi pada waktu itu dari kalangan bani Nadhir diusir keluar dari Madinah (dibuang negeri) sejak Nabi Muhammad S.A.W hidup kerana Yahudi pada ketika itu suka membuat kacau, memecahbelahkan umat Islam, dan suka membuat kerosakan di bumi Madinah setelah Nabi dan umatnya berhijrah dan menjadi khalifah di bumi Madinah.

Kini Yahudi terbahagi kepada dua kelompok iaitu Sephardim (20%) dan Ashkenazim (80%). Sephardim adalah dari keturunan Bani Israel, bersusur galur keturunannya daripada Nabi Yaakub A.S iaitu bapa kepada Nabi Yusuf A.S dan anak kepada Nabi Ishak A.S. Ashkenazim pula adalah daripada keturunan Khazaria yang diyahudikan sekitar tahun 711 Masihi.


Bukan Semua Yahudi Mendokong Zionisme Dan Israel


Zionisme pula ditubuhkan adalah daripada aliran politik yang penting dan menjadi dasar penubuhan negara Israel. Zionis bermaksud orang yang mendokong fahaman Zionisme. Bukan semua Yahudi mendokong Zionisme dan Israel dan bukan semua pendokong Zionisme adalah Yahudi. Ini kerana, terdapat juga tergolong Kristian yang berfahaman Zionisme sebagaimana yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:


Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua Yahudi Jahat. Jangan sesekali kita mudah untuk mengatakan bahawa semua Yahudi itu jahat. Ini berdasarkan dua hujah bidasan seperti berikut:
  1. Yahudi juga terangkum dalam Bani Israel, sedangkan ramai Nabi dan Rasul adalah daripada kalangan Bani Israel seperti Nabi Yaakub, Nabi Ishak, Nabi Yusuf dan lain-lain lagi bagi menyelamatkan kaum para Nabi tersebut supaya umatnya kembali ke jalan yang benar.
  2. Ramai dalam kalangan Yahudi yang anti kepada Zionis termasuk rabbi (seperti paderi bagi Kristian). Malah, mereka berganding bahu bersama umat Islam menentang Zionisme dan Israel. Ramai juga memeluk Islam dan menjadi tokoh hebat dalam dunia Islam seperti Muhammad Asad dan Maryam Jameelah.


Tokoh Islam Bertaraf Dunia Yang Berbangsa Yahudi


Muhammad Asad nama asalnya, Leopold Weiss. Manakala Maryam Jameelah nama asalnya pula Margaret Marcus. Mereka berdua merupakan contoh tokoh Islam bertaraf dunia yang berbangsa Yahudi. Muhammad Asad terkenal dengan bukunya yang berjudul, "The Road to Mecca", di samping menghasilkan tafsir lengkap Al-Qur'an iaitu, "The Message of the Qur'an". Maryam Jameelah pula banyak menghasilkan buku seperti "Islam in Theory and Practice, Correspondence Between Maulana Maudoodi and Maryam Jameelah Modern dan Technology and the Dehumanization of Man".

Secara kesimpulannya, jangan kita mengambil mudah inisiatif untuk merumuskan kesimpulan umum yang negatif pada suatu bangsa atau kaum seperti racist iaitu dengan mengatakan Yahudi itu jahat, Melayu pemakan rasuah, Cina suka menipu, india kaki pembelit, Arab kuat melenting dan sebagainya yang boleh mengguriskan perasaan seseorang yang tidak pernah mengalaminya keadaan negatif seperti itu. Malah, boleh menimbulkan perusuhan kaum disebabkan oleh golongan yang sengaja suka membuat onar iaitu menghukum perbandingan antara sesuatu bangsa dari segi pro dan kontra. Apakah implikasinya? Ia hanya akan lebih membuatkan agama Islam yang dianuti oleh majoriti golongan melayu itu dipandang serong dan terhijab untuk menerima Islam seadanya oleh bangsa lain seperti Cina yang mana majoritinya menganut agama selain Islam. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger