Searching...

Mengapa Negara Islam Suka Berperang?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mengapa negara Islam suka berperang? Adakah mereka benar-benar suka berperang? Ada tanggapan dan tuduhan bahawa negara-negara Islam memang suka berperang. Adakah tanggapan itu betul atau tidak betul? Walaupun demikian, tuduhan itu tidak mempunyai bukti. Peperangan yang berlaku terhadap negara-negara Islam adalah disebabkan pencerobohan oleh negara-negara bukan Islam dan penyalahgunaan kuasa authority oleh sesetengah pihak yang mementingkan kepentingan sendiri dan juga ada yang jenis berfahaman haluan salah yakni sesat seperti fahaman Syiah di Syria, Yahudi Zionis di Israel, IS (ISIS) yang menyamar atas nama Islam dan sebagainya. 


Mengapa Negara Islam Suka Berperang?


Ada sebabnya mengapa negara Islam suka berperang mungkin disebabkan untuk mempertahankan hak-hak awam yang dimiliki dalam sesebuah negara Islam itu sendiri. Bahkan yang pastinya Islam tidak membenarkan pembunuhan tanpa alasan seperti yang tertera firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 32 seperti berikut:

مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ كَتَبْنَا عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفْساً بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعاً

Maksudnya: Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya.

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Islam tidak membenarkan peperangan tanpa sebab yang boleh memecahbelahkan umat manusia, tetapi Islam mengalakkan umatnya berbuat baik kepada semua manusia. Dalam Al-Qur'an juga, Allah menjelaskan dalam surah Al-Mumtahanah ayat 8 seperti berikut:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.


Negara Islam tidak pernah menceroboh dan memusuhi negara-negara lain

Negara Islam tidak pernah menceroboh dan memusuhi negara-negara lain bahkan terhadap negara bukan Islam yang lain sekalipun. Tetapi jika negara Islam dicerobohi oleh negara lain terutama dicerobohi oleh negara bukan Islam, sebagai rakyat yang berdaulat bagi sesebuah negara, wajib mempertahankan diri dan tanah air atas sandaran terhadap firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 190 seperti berikut:

وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلاَ تَعْتَدُواْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبِّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya: Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka terhadap orang-orang yang menceroboh.


Ayat di atas menunjukkan bahawa Islam hanya membenarkan peperangan demi menegakkan dan mempertahankan keadilan sejagat termasuk keadilan demi kebebasan beragama. Islam melarang keras untuk menceroboh negara lain atas alasan jihad memerangi kuffar kononnya iaitu dengan konteks yang tidak betul sekiranya negara tersebut tidak memulakan peperangan. Dengan cara begitu boleh mencemarkan nama Islam di mata dunia. Secara automatik nama Islam terpalit arang diibaratkan bagai menconteng arang ke muka sendiri. Apapun yang akan terjadi, jangan sesuatu negara Islam memulakan dahulu peperangan tersebut, ini kerana boleh menyebabkan bukan Islam amat membenci terhadap Islam. Ini juga boleh menyebabkan orang-orang bukan Islam sangat takut untuk memeluk dan mendalami agama Islam dengan lebih tulus.


Peperangan dalam Islam bermaksud mengharamkan pembunuhan orang-orang lemah

Peperangan dalam Islam bermaksud mengharamkan pembunuhan orang-orang lemah yang tidak terlibat dalam peperangan seperti perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua, peniaga-peniaga di pasar, petani-petani di ladang dan rakyat-rakyat awam yang tidak terlibat dalam peperangan tersebut. Bukan cuma negara Islam sahaja, bahkan semua negara akan melakukan perkara yang sama sekiranya diceroboh bagi tujuan penjajahan dan penguasaan.

Apabila negara-negara Islam diserang musuh semata-mata untuk dijajah seperti Iraq, Afghanistan, Syria, Palestin, Chechen, dan lain-lain maka rakyatnya berhak menyerang bagi mempertahankan tanah air mereka. Negara-negara jiran pun wajib turut serta memberi bantuan terhadap negara-negara yang ditindas demi kedaulatan agama Islam dan umat Islam (rakyat awam) itu sendiri. Walaupun akan menyebabkan kemusnahan besar dan mengakibatkan kematian yang ramai, namun begitu ia adalah wajar bagi mendapatkan semula hak kemerdekaan dan mempertahankan maruah sebuah negara yang berdaulat. 

Islam tidak pernah menggalakkan umatnya berperang secara membabi-buta iaitu dengan menyerang negara-negara lain, tetapi sekiranya mereka diserang, maka wajib mereka mempertahankan diri dan tanah air mereka. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. no believe. Islam encourages atrocities since the inception. sejak awal lagi, gimana Hussein anak ali abu talib dan Fatma bisa dipancung di karbala. penaklukan Syria dan Parsi. gimana ayat "timbulkan kegentaran di hati musuh mu" Berapa kali kata musuh diulangi dlm alquran?

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger