Searching...

Zionis Melakukan Serangan Pemikiran Terhadap Umat Islam - Bagaimana Mereka Buat?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Puak-puak Zionis berserta konco-konconya berterusan meluaskan penguasaan dan pengaruhnya dalam media elektronik dan cetak, selain daripada mereka melakukan serangan militari terhadap negara-negara seperti Palestin, Afghanistan, iraq dan sebagainya. Ianya juga disebut sebagai serangan pemikiran. Jadi, Zionis melakukan serangan pemikiran khususnya terhadap seluruh umat Islam di dunia ini.


Zionis Melakukan Serangan Pemikiran


Zionis Memperbanyakkan Hiburan Khusus Terhadap Golongan Belia Dan Remaja Muslim


Zionis memperbanyakkan hiburan khusus terhadap golongan belia dan remaja Muslim. Hal ini disebutkan dalam Protokol ke-13 sebagaimana yang diputuskan dalam Persidangan Zionis kali ke-2 di Basle, Switzerland pada tahun 1897. Hiburan itu termasuk semua jenis permainan, nyanyian, tarian dan lain-lain. Pada zaman kini, kaedahnya sudah semakin canggih iaitu menerusi program realiti TV dan internet.

Sehubungan itu, program hiburan secara langsung boleh meruntuhkan akhlak remaja yang baru nak 'up'. Ini dihuraikan oleh mereka menerusi perkatan mereka yang berbunyi, 
"Kita mesti bekerja keras bagi meruntuhkan akhlak dan moral manusia daripada segala segi dan lapangan, supaya dengan itu mudahlah kita menguasai mereka. Sesungguhnya Freud itu orang kita, dan kita akan terus promosikan teori perhubungan seks di bawah cahaya matahari (penduduk negara Timur), supaya hal itu kekal dalam pandangan kaum muda sebagai suatu yang suci (betul), dan jadilah tugasnya yang utama bagi mengenyangkan naluri seksnya semata-mata dan ketika itu runtuhlah akhlaknya."


Musuh Islam Berusaha Ingin Merosakkan Institusi Kekeluargaan


Sudah diketahui bahawa didikan akhlak bagi setiap individu bermula di rumah. Pelajar yang sering melanggar disiplin lazimnya mempunyai masalah di rumah. Pendek kata, sesebuah kekeluargaan itu penting bagi membina masyarakat dan seterusnya ummah. Justeru, musuh Islam berusaha ingin merosakkan institusi kekeluargaan dengan kepelbagaian pengaruh khasnya pengaruh sosial termasuklah menerusi media sosial di internet. Pada masa yang sama, mereka berusaha bersungguh-sungguh merosakkan wanita Muslimah.

Kini, Zionis dan lain-lainnya sedang berusaha mempromosikan keluarga 'jantan-jantan' dan 'betina-betina' ataupun dengan kata lainnya, 'keluarga homoseksual'. Mereka cuba hendak menipu kononnya ada kajian saintifik yang berkaitan dengan kewujudan genetik homo dalam setiap diri individu. Sedangkan dakwaan itu adalah palsu semata-mata. Dengan lebih dahsyat lagi, mereka mewujudkan kelab-kelab gay Muslim dengan menggunakan label seperti 'Fitrah'! Maka akan membuatkan seseorang yang cenderung sifatnya terhadap kesongsangan seperti 'pengkid', 'mak nyah' atau 'pondan' yang beragama Islam untuk turut sama terjebak ke dalam perangkap Zionis tersebut.

Hal itu disebut secara terbuka oleh pensyarah psikologi iaitu, Hanan Dover di Sydney. Pada tahun 2001, kajian yang dilakukan oleh beliau menunjukkan bahawa 30% (82 orang) daripada responden Muslim mengatakan bahawa homoseksual tidak haram. Beliau turut menyelar rancangan-rancangan TV yang mempromosikan aktiviti itu seperti Big Brother, neighbours, home and Away, dan S** and the City. Malangnya, Hanan digam selepas memberi ucapan itu.


Musuh Islam Juga Berusaha Menjauhkan Umat Islam Daripada Al-Quran


Al-Quran adalah sumber kekuatan umat Islam. Orientalis iaitu golongan yang mengkaji orang-orang Timur termasuk orang-orang Muslim mendapati bahawa kehebatan tamadun Islam terletak pada keakraban umat Islam terhadap Al-Quran kerana Al-Quran tersebut dijadikan petunjuk dalam kehidupan dan juga pedoman hidup. Al-Quran juga dijadikan inspirasi bagi melakukan penyelidikan saintifik dan pengkaryaan. Justeru, musuh Islam juga berusaha menjauhkan umat Islam daripada Al-Quran.

Sehubungan itu, Gladstone pernah berucap di dalam Parlimen Britain sambil mengangkat naskhah Al-Quran lalu berkata, 
"Selama Al-Quran ini berada di tangan kaum Muslimin, selama itulah Eropah tidak mungkin akan menguasai Timur, maka selama itu jugalah Eropah tidak mudah hidup dengan aman."

Gladstone pada ketika itu adalah Perdana Menteri Britain. Sekaligus beliau mewakili pegawai-pegawai British di negara-negara terjajah (negara-negara Komanwel) yang menghidupkan 'kelas agama' untuk anak-anak pribumi; Al-Quran diajar tetapi sekadar diajar untuk membaca, bukan untuk difahami isi kandungan Al-Quran tersebut.

Pihak Zionis Ingin Meruntuhkan Sistem Khalifah


Nabi Muhammad tidak lain dan tidak bukan adalah seorang pengasas yang menubuhkan dan mewariskan sistem khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh para sahabatnya iaitu Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a, Sayidina Umar Al-Khattab r.a, Sayidina Uthman Ibnu Affan r.a dan Sayidina Ali Bin Abi Talib r.a. Seterusnya, sistem khalifah diamalkan pula oleh kerajaan Bani Umaiyah, kemudian kerajaan Bani Abbasiyah, dan lain-lain lagi sehingga khalifah terakhir iaitu kerajaan Uthmaniyah di Turki. Namun begitu, pihak Zionis ingin meruntuhkan sistem khalifah.

Zionis dan musuh-musuh Islam terus berusaha mencari jalan untuk menjatuhkan dan memburuk-burukkan sistem khalifah agar umat Islam tidak merasai kepentingan khalifah dalam sesebuah negara iaitu ketua bagi seluruh umat manusia di atas muka bumi ini. Zionis juga sentiasa berusaha tanpa jemu dengan menanamkan bibit perpecahan dan perbezaan antara bangsa-bangsa dan negara-negara di dalam dunia ini. Kesatuan bagi umat Islam dipecahbelahkan dengan melaga-lagakan umat Islam agar terjadinya peperangan saudara.

Oleh itu, wujud senario Muslim Arab berasa lebih hebat berbanding Muslim Turki, Muslim UAE berasa lebih hebat berbanding Muslim Yaman, Muslim Singapura berasa lebih hebat berbanding Muslim Indonesia, Muslim Malaysia berasa lebih hebat berbanding Muslim Bangladesh. Sedangkan Islam mengajar umat Islam untuk tidak mengamalkan prinsip 'asobiah' iaitu perpecahan secara berpuak-puak kerana yang paling mulia di sisi Allah S.W.T adalah orang-orang yang paling bertaqwa.

Selain itu, Zionis mewujudkan terrorism dengan menyebarkan dan memperdayakan umat Islam dengan fahaman serangan berani mati agar umat Islam percaya kononnya dengan mengambil jalan pintas untuk ke syurga iaitu dengan melakukan terrorism terhadap bukan Islam atas nama jihad melawan kuffar tanpa panduan-panduan asas agama yang sebenar-benarnya. Na'uzubillahiminzalik.

Tidak semua Yahudi Jahat. Namun begitu, Yahudi yang memusuhi Islam juga komited dalam peperangan menerusi serangan pemikiran di samping peperangan secara militari. Malah, mereka bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang memusuhi Islam. Adakah pasti kita akan selamat daripada sebarang 'peluru sesat' dalam medan peperangan terhadap serangan pemikiran ini? Adakah pula kita sekadar mahu menjadi penonton terhadap sebilangan umat Islam yang 'cedera parah' dan malah ada yang 'tewas' dalam peperangan ini? Wallahu'alam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger