Searching...

Banyak Maklumat Dalam Internet Saling Tidak Tumpah Mempunyai Banyak Tentangan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kita dapat menemui banyak maklumat dalam internet. Ada yang intan, ada yang kaca dan ada pula yang sampah. Ada juga darah dan nanah yang bersifat najis, jijik dan menjelikkan. Ada juga yang cuba melambangkan internet seperti pisau yang boleh mencederakan dirinya sendiri dan orang lain sekiranya salah pada penggunaannya. Malah boleh mengorbankan jiwa melalui tekanan. Namun begitu, sekiranya betul pada penggunaannya, pisau itu bermanfaat untuk dirinya sendiri dan orang lain dengan memintas segala penjuru dunia untuk mendapatkan segala kepelbagaian maklumat yang belum pernah ditemuinya di tempat sendiri.


Banyak Maklumat Dalam Internet


Kepelbagaian Sumber Dalam internet Yang Macam-macam Ada...


Salah seorang pakar internet berkata dalam bahasa asing dan diterjemahkan yang berbunyi, "Anda akan mendapat banyak maklumat, kepelbagaian sumber dalam internet, dan macam-macam ada yang perlu diketahui, tetapi banyak maklumat tersebut saling tidak tumpah mempunyai banyak tentangan." Sebagai contoh, dalam internet ada banyak laman yang berunsur Islamik, tetapi ramai juga yang anti-Islam. Kiranya masih terdapat ramai orang yang anti terhadap maklumat tersebut dengan meng-'claim'-kan dirinya sebagai pengikut ajaran Islam yang tulen.

Oleh itu, perlulah berhati-hati seperti kita berhati-hati terhadap individu yang kelihatan soleh di luar (rupanya), namun di dalam (hatinya) dengan cara hidupnya tidak perlu menunaikan sembahyang, cukup sekadar niat dalam hati. Ataupun tidak perlu mengerjakan haji di Mekah dengan cukup sekadar tawaf keliling rumah. Itu semua ajaran sesat! Usah pula terpegun dengan orang yang meng-'claim'-kan dirinya 'soleh' dan 'warak' yang dapat melakukan perkara yang luar biasa seperti berjalan di atas air, terbang macam burung, tetapi kesemua ajarannya tidak terdapat dalam ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.

Jangan Percaya Pada Dakwaan Bahawa Dirinya Telah Berjumpa Nabi Melalui Mimpinya


Usah juga percaya dengan maklumat yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta pendapat-pendapat ulama' yang muktabar. Jangan percaya pada dakwaan kononnya Nabi Muhammad S.A.W tertinggal untuk memberitahu suatu hadits ataupun ajaran yang 'rare' seperti yang diperoleh dalam mimpi ataupun mendakwa dirinya telah berjumpa dengan Nabi melalui mimpinya dan disuruh untuk melakukan perkara-perkara yang merupakan dalil baru. Padahal hanya para sahabat Nabi S.A.W sahaja yang tahu bagaimana rupa Nabi sebenarnya. 

Kalau kita yang bermimpi kononnya berjumpa dengan Tok Syeikh berjubah putih muka berseri, jangan pula disangka itu Nabi kerana Syaitan begitu mudah menyerupai watak orang soleh dalam mimpi kita. Syaitan sememangnya tidak boleh menyerupai rupa Nabi S.A.W. Sedangkan kita tidak tahu bagaimana rupa sebenar Nabi S.A.W. Hanya para sahabat Nabi sahaja yang boleh mengetahui rupa sebenar Nabi jika baginda S.A.W muncul dalam mimpi mereka.

Selain itu, tiada tambahan hadits baru selain daripada hadits yang telah dibukukan oleh sekalian ulama' hadits yang muktabar. Tiada juga tambahan surah dalam Al-Quran iaitu surah Al-Iman selepas rasul yang terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah laman web ajaran sesat. Segala tambahan adalah sesat semata-mata.

Laman Web Yang Menyesatkan Merupakan Ancaman Terhadap Umat Islam


Laman web answering-islam.org adalah antara laman web yang sesat lagi menyesatkan. Laman tersebut disediakan atas dasar dialog Islam-Kristian. Walau bagaimanapun, rata-rata kandunganya adalah anti-Islam dan merupakan ancaman terhadap umat Islam yang membuta-tuli mencari maklumat tanpa usul periksa dan kajian secara terperinci. Laman web tersebut telah disediakan dalam 16 bahasa termasuk bahasa Melayu, antara lain telah mendakwa secara terang-terangan bahawa Nabi Muhammad adalah nabi dan rasul yang palsu. Disertakan pula senarai laman web ajaran sesat yang selama ini kita tidak menyedari akan kehadirannya laman-laman sebegitu.

Selain itu, terjemahan dan tafsir bagi Al-Quran dan As-Sunnah di samping teks-teks klasik karya ulama'-ulama' muktabar dapat dimuat turunkan daripada beberapa laman web yang boleh dipercayai seperti altafsir.com, al-muhaddith.com, al-islam.com dan al-eman.com. Pandangan-pandangan agama yang bernas boleh didapati daripada beberapa laman web tokoh ulama' terkenal seperti Dr Yusuf Al-Qaradawi dan Dr Zakir Naik.

Pepatah Melayu ada mengatakan: "Malu bertanya sesat jalan." Bertanyalah kepada orang yang mengetahui dan alim dalam bidangnya apabila kita tidak mengetahui. Jangan jadi seperti golongan bodoh sombong. Sudahlah bodoh, jahil, disangkanya terhina, padahal demi kesedarannya terhadap agama yang benar. Saksikanlah video di bawah yang mana pemuda non-muslim ini menyangka Dr Zakir Naik menghina agamanya:

video

Makna kata, bertanyalah kepada orang yang tahu dan dipercayai akan agamanya apabila tidak pasti sama ada ilmu yang dipelajarinya itu adakah berasal daripada sumber-sumber yang betul seperti dalam kitab asalnya? Maka pelajarilah kitab asalnya dengan berguru. Ajaran Islam menyuruh umatnya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah kerana demikian merupakan saranan Allah S.W.T dalam Al-Quran sebagai petunjuk sepanjang zaman. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger