Searching...

Modem Kena Sambar Petir? Apa Yang Hairannya?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Modem kena sambar petir tidak silap saya semenjak zaman persekolahan saya pada waktu itu di rumah mak dan ayah saya. Kali pertama berlaku dalam sejarah hidup saya iaitu dalam beberapa bulan selepas melanggan pakej streamyx. Itulah yang hairannya, semasa sedang mengakses internet memang sudah ditakdirkan untuk tidak terlepas daripada malapetaka sebegitu sekiranya kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga untuk tutup dan unplug socket dan kabel modem pada waktu petir sedang mula berdentam-dentum. Almaklumlah kawasan di tempat saya kemungkinan boleh kena sambar petir itu sekitar dalam 70% hingga 80% melalui tiang-tiang kabel TM Streamyx sebab tiang-tiangnya betul-betul lebih tinggi berbanding daripada pokok-pokok yang berada di sekelilingnya.

Modem Kena Sambar Petir


Pengaliran Cas-cas Kilat Itu Terus Mengalir Pada Bahan Yang Betul-betul Konduktor


Ketika modem kena sambar petir, bunyi yang keluar tidaklah begitu kuat. Tapi, pada masa itu memang berlaku blackout satu rumah. Bunyi yang tidak berapa hendak kuat itu tadi mungkin disebabkan kecenderungan pengaliran cas-cas kilat itu terus mengalir pada bahan yang betul-betul konduktor berdekatan dengan tiang-tiang kabel TM Streamyx untuk proses pengebumian cas pada tiang tersebut. Mungkin cas-cas tersebut sudah menemukan besi kuprum yang menyentuh permukaan bumi dan jauh lebih konduktor dengan membenarkan aliran cas-casnya berbanding bahan-bahan lain. 


Bukan Bermakna Selamat Daripada Terkena Panahan Petir


Itu sebab kecenderungan untuk mengalir cas-cas kilat pada alat-alat perkakasan elektrik di rumah adalah kemungkinan rendah sekitar dalam 10% hingga 30%. Namun begitu, bukan bermakna selamat daripada terkena panahan petir. Masih ada saki-baki cas-cas kilat yang mengalir ke dalam perkakasan elektrik di rumah mak dan ayah saya pada waktu itu iaitu khususnya pada modem TM Streamyx. Maka dengan itu, modem tersebut telah pun rosak dan terpaksa diganti dengan modem baru.

Hendak diberitahu bahawa ketika panahan petir berlaku, kalaulah 100% cas-cas kilat itu terkena pada modem tersebut, kemungkinan besar bunyi yang keluar mungkin teramatlah kuat seolah-olah Tuhan sedang murka terhadap penduduk bumi. Masya-Allah. Tidak dapat hendak dibayangkan bagaimana rupa modem tersebut, mungkin rentung, terbakar ataupun meletup?

Dalam bidang klimatologi, petir atau kilat penting bagi menyeimbangkan cas-cas yang mengalir ke bumi. Hal ini mengesahkan pernyataan dalam Al-Quran yang mana Allah S.W.T berfirman dalam surah Ali 'Imran ayat 190:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."


Ada Orang Mati Dipanah Petir Semasa Berada Di Tengah Sawah


Walau bagaimanapun, petir yang berdentum bersama dengan hujan yang turun pula sudah meragut banyak nyawa. Ada orang mati dipanah petir semasa berada di tengah sawah. Ada pula yang mati dipanah petir ketika sedang seronok bermain bola sepak di padang dan bermacam-macam lagi situasi lain yang aneh. Mereka mati dalam keadaan rentung dan ada pula yang berlubang pada bahagian tubuh, malah ada yang lebih mengerikan lagi. Pokok-pokok yang dipanah petir juga turut mati. Habis hitam hangus terbakar.

Modem yang dipanah petir ini juga boleh rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Justeru, panahan petir mempunyai nilai voltan elektrik yang teramat tinggi iaitu dalam 300 juta Volt. Bayangkan apabila modem yang hanya dapat menampung sebesar 12 V direct current (DC) untuk membolehkan ianya berfungsi, terpaksa menerima sehingga berjuta-juta nilai voltan. Arusnya mungkin sekitar dalam beribu-ribu Ampere (A) iaitu kekuatan arus tersebut lebih kurang setanding dengan kekuatan arus pada alat pengimpalan besi yang mana orang panggil alat tersebut welding namanya.


Kehebatan Petir Ciptaan Allah S.W.T Boleh Dijadikan Pengajaran Dan Iktibar


Demikianlah antara kehebatan petir ciptaan Allah S.W.T boleh dijadikan pengajaran dan iktibar. Modem yang rosak dan rentung dipanah petir dapat memberikan kita pengajaran yang sangat berguna untuk kita renungkan secara sepintas lalu iaitu:
  • Modem serta teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih boleh menghubungi suatu kawasan yang sangat jauh diluar jangkaan pun, tetap mempunyai keterbatasan yang tidak dapat ditampungnya iaitu dengan menerima kekuatan panahan petir yang jauh lebih tinggi nilai voltan dan arus untuk alat tersebut 'hidup'.
  • Allah S.W.T Maha Kuasa dalam menghidupkan dan mematikan sesuatu makhluk sama ada makhluk itu bernyawa ataupun tidak mempunyai nyawa. Modem merupakan suatu alat yang tidak bernyawa dengan begitu mudah Tuhan mematikannya iaitu dengan menjadikannya rosak. Tragedi kapal titanic pula dapat mengingatkan kita sebagai manusia yang boleh menciptakan kapal Titanic yang sungguh besar dan tercanggih pada zaman itu, lalu dengan mudah Tuhan mematikan kapal tersebut dengan mendorongnya melanggar iceberg yang merupakan ais kepal iaitu air yang membeku menjadi daratan yang dalam (boleh rujuk link berkenaan).
Maha Suci Allah yang menjadikan petir yang berdentam-dentum menghasilkan cas-cas bumi untuk kesuburan tanah. Dia juga yang menurunkan hujan tanah liat berapi melalui kiriman burung Ababil ke atas tentera Abrahah demi menyelamatkan rumah suci-Nya daripada diroboh oleh musuh-Nya agar penganut yang beragama Islam boleh jadikannya sebagai iktibar dan berterusan mengabdikan diri terhadap-Nya. Dia juga yang menurunkan hujan sebagai rahmat terhadap penduduk bumi termasuk mengekalkan kehijauan tumbuhan agar pelepasan gas oksigen oleh tumbuhan dapat dikekalkan secara berterusan untuk pernafasan umat manusia. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger